Showing posts with label Kesihatan Pantas. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Pantas. Show all posts

Friday, 24 January 2020

Didik Anak Menjaga Agamanya

Anak menjadi pandai dan faham mengenai dunia ini sedikit demi sedikit.
Kita usah khuatir.
Tugas kita sebagai ibubapa apa ya?.
Kita teruskan mendidik mereka jadi anak soleh solehah.
Anak yang soleh dan solehah bukan sahaja termasuk anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu bapa.
Tetapi anak yang menjaga agamanya!


Aisyah Hamid
Insan lemah

Monday, 15 April 2019

15 Tip Sedekah Dengan Mudah Bagi Suri Rumah

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.

Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:
1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah. Share ilmu agama , kuliah , ilmu yg bermanfaat.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
- Ustaz Iqbal Zain -
Sumber FB


Friday, 1 March 2019

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal ini. Yang ini Kak Chah copy paste ya. Tetapi sangat berharga untuk di kongsi dengan semua.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Jom share ya

Monday, 4 February 2019

Kesan Tidak Cukup Serat

 Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Baca di link ini ya Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak.

Friday, 25 January 2019

Jenis Nanas



Alhamdulillah rezeki orang bagi, uitt nanas pun ada banyak jenis tau.

Moris, Sarawak, Maspine, Josapine, Gajah dan Madu.


Yang Kak Chah dapat ni Yankee & Betik. Korang suka jenis mana.



Saturday, 16 June 2018

Erti Ramadan Secara Ringkas

Jom kita baca makna Ramadhan dengan lebih mendalam.

Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. 

Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” 

Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan : "dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”



Selain itu juga nama lain selain daripada nama Ramadan adalah seperti berikut:-

1. Bulan sabar

2. Bulan al Muawasah ( kasihan belas )
3. Penghulu segala bulan

4. Bulan puasa
5. Bulan Siyahah 


Sumber dari ustazshauqi

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday, 9 June 2018

Hargai Kaum Wanita


Kerana wanita, alam menjadi indah, kerana juga lelaki dunia menjadi sempurna.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday, 5 June 2018

5 Tips Membeli Makanan Di Bazzar Ramadan



Bila sudah pertengahan ramadan, nak nak pula penghujung ramadan. Ada jugak supermak feeling feeling malas nak masak.

Ada jugak terliur nak makan masakan bazzar kan. Kak Chah nak kongsi 5 tips mudah bila nak masuk bazzar ramadan.

Jom SHARE tips ni, biar ramai lagi dapat info ini, 5 tips membeli makanan di bazzar Ramadan.






Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 13 May 2018

Wanita Dan Lelaki Saling Melengkapi

Kak Chah Editing

Saling melengkapi Bagai Uda Dan Dara Perpisah Tiada

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

Kekuatan membina keluarga lebih bahagia, perelokkanlah dari hari ke hari.

Kalau dulu gurauan susah di dengari, setahun pun susah nak dengar, cubalah belajar bergurau gurau senda bersama mereka. Tak tahu, Google aje.

Kalau dulu sebelum kahwin, ayat manis bergula, lepas kawin kekalkanlah ayat ayat gula tu. Biar kalah drama MrGrey na.

Tip nya mudah, sentiasa buatkan rasa harmoni antara encik suami dan isteri, anak anak tengok pun rasa bahagia.

Kalau encik suami tanya, eh kenapa tiba tiba cakap terima qaseh, sayang atau bahagia ni. Hari ni bukan hari special kan.

Si isteri jawab aje, usah malu malu. Tapi saya rasa setiap hari special aje bersama awak. Cia cia cia.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
017 615 5038

Wednesday, 17 January 2018

Beza Simptom Selsema dan Resdung

Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)
Gambar: Google

Hidung berfungsi sebagai deria bau dan organ pernafasan, hidung juga berfungsi untuk menapis udara dan melindungi badan dari jangkitan kuman melalui mukus (hingus).

Mukus mengandungi enzim dan antibodi yang dapat membunuh kebanyakan kuman. Ia akan memerangkap kuman dan seterusnya akan dialirkan ke belakang hidung /tekak dan seterusnya dikeluarkan sebagai kahak.

1. Resdung

Dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom ringkas tentang resdung ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

2. Selsema

Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom ringkas tentang selsema ialah:
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakik tekak


Ada simptom simptom seperti diatas ke. Meh komen ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM




Tuesday, 5 December 2017

Duit Sikit Hati Sakit

Kak Chah ada post tentang yang manakah paling sakit. Kak Chah ambil dari instagram Kak Chah. Kak Chah nak jadikan ianya survey simple. Kajian simple ini membuktikan 70% rata rata rakyat malaysia memang takut bila tiada duit.

Ia memang betul, tiada duit dalam dompet ke, dalam bank ke, dalam bentuk emas ke. Memang sakit. Hati sakit dan fizikal juga sakit.

23% pula komen yang paling sakit adalah sakit gigi dan selebihnya adalah telefon hilang. Apa apa pun, ianya bergantung pada individu seseorang. Mungkin yang berkata paling sakit gigi kerana duit dia boleh dapat dari ibu bapa, pinjam dengan kawan kawan dan sebagainya.

Kesimpulannya, itu semua rezeki Allah bagi, semasa sihat manfaatkan masa sihat kita sebelum sakit. Semasa duit banyak manfaatan duit kita sebaiknya contohnya sedekah, buat simpanan dan sebagai, sebelum duit menyempit.

Semuanya bergantung pada kita.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday, 23 November 2017

5 Khasiat Peria Untuk Kesihatan

Sumber: Qaseh Gold HQ 
Gambar: Qaseh Gold HQ

Rata rata ramai yang tidak suka peria sebab rasanya yang pahit. Selalunya yang pahit itulah penawar penyakit kan. Post kali ini, Kak Chah ingin kongsikan 5 khasiat peria untuk kesihatan.

1. Merawat Panas Dalam Badan - Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

2. Baik Untuk Pesakit Kencing Manis - Dijadikan sebagai menu harian bagi pesakit diebetes. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.

3. Baik Untuk Kulit - Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit seperti bisul, kudis dan penyakit kulit yang lain.

4. Mempertingkatkan Masalah Pernafasan - Baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat masalah asthma (lelah).

5. Masalah Mata - Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 19 November 2017

Supermak Bertangan Sotong

Assalamualaikum supermak semua. Siapa kat sini macam gambar dibawah. Kalau Kak Chah memang hari ahad tidak menang tangan, sibuk betul dengan aktiviti anak anak dan rumah. Ke dapur lebih 3 kali sehari. 

Menang minta nyawa kan. Tidak sempat. Supermak tangan sotong.






Sebelum itu kena telan lah QASEH GOLD ADINDA dulu untuk boost Kak Chah punyai energy kaw kaw.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday, 14 November 2017

Kelebihan Dan Kajian Benar Tentang Vitamin D

Kelebihan utama Vitamin D adalah untuk tulang dan ianya diperincikan seperti berikut:-
  • Meningkatkan penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang.
  • Menjaga kadar kalsium dan fosfor untuk tetap normal.
  • Meningkatkan pertumbuhan sel tulang.
  • Meringankan peradangan ketika terjadi infeksi di dalam tubuh.

Nanum, Vitamin D juga memberikan banyak kelebihan lain selain daripada tulang. Jom kita baca tentang kelebihan lain dan kajian benar tentang Vitamin D.

Kajian dari The Archive of Internal Medicine menyatakan bahawa, orang yang mengalami kekurangan Vitamin D akan berisiko untuk meninggal dunia 2 kali lebih tinggi. Rata ratanya akibatkan daripada pelbagai penyakit jantung.

Selain itu, menurut temuan yang dipublikasikan dalam Circulation tahun 2008, Vitamin yang mencukupi boleh mengurangi risiko penyakit jantung juga. 

Dalam penelitian yang lain juga menyatakan bahawa Vitamin D, boleh mencegah panyakit kanser payudara, multiple sclerosis dan skizofrenia. Hal ini disokong oleh, sebuah studi 2006 yang diterbitkan dalam Journal of American Medical Association dengan menyatakan bahawa vitamin D juga boleh mengurangkan risiko multiple sclerosis.

Di samping itu juga, dengan Vitamin D yang mencukupi boleh menurunkan kadar depresi atau tekanan. Archives of General Psychiatry melaporkan kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan depresi pada perempuan dan lelaki yang berumur 65 hingga 95 tahun. 

Vitamin D diperlukan adalah 15 mcg setiap hari untuk orang dewasa manakala untuk usia lebih dari 65 tahun memerlukan 25 mcg setiap hari.

Penelitian yang dipublikasikan oleh American Journal of Clinical Nutrition tahun 2010, vitamin D juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena selsema manakala berdasarkan Journal of the American Medical Association pada December 2003 menyatakan vitamin D juga boleh mengurangikan risiko kanker usus besar ataupun polip prekanser.


Baru Kak Chah tahu vitamin D sebenarnya memainkan peranan penting dalam seluruh badan kita. Semoga badan kita sihat dalaman, Inshaa Allah sihat luaran.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 10 November 2017

11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

11 tip agar rezeki mengalir deras ini Kak Chah ambil daripada instagram ustaziqbalzain. Insha Allah, sama sama kita amalkan bagi memudahkan dan melancarkan rezeki yang sedang sempit, diantara 11 tip agar rezeki mengalir deras bak air terjun adalah seperti ini:

1. Istiqamah Solat Dhuha
Allah SWT berfirman dihadits qudsi:

"Wahai anak adam, jangan sekali kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebur, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya" (HR Hakim & Thabrani)

2. Surah Al-Waqiah

"Barangsiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" (Riawayat Ibn Mas'ud: al-Azhar, al-Jami al-Soghir)

3. Istiqomah Solat Tahajud
Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla turun (rahmat) setiap malam turun ke langit dunia, ketika tepat pada 1/3 malam yang akhir sambil terfirman: Barang siapa yang berdoa padaKu akan Aku kabulkan, barang siapa yang minta padaKu akan Aku beri dan barang siapa yang minta ampun padaKu akan Aku ampuni"

4. Selalu berprasangka baik pada Allah (Husnuzhon Billaah)

5. Memperbanyakkan tawakal pada Allah.

6. Meningkatkan taqwa kepada Allah.

7. Berusaha menjadi orang jujur dan amanat.

8. Suka menghormati tetamu.
Rasulullah SAW: 

"Tamu datang pada kalian dengan membawa rezeki".

9. Memperbanyakkan atau penyambung sillaturrahim

10. Memperbanyakkan infaq dan sedekah

11. Banyakkan istighfar

"Barang siapa yang memperbanyak membaca  istighfar, maka Allah akan menjadikan segala kesusahan menjadi kemudahan dan dari segala kesempitan Allah jadikan jalan keluar dan Allah  juga akan berikan rezeki untuknya dari yang dia sangka  mahupun yang tidak dia sangka". (HR.Ahmad).






Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 6 November 2017

Doa Ibu Bapa Kepada Anak Sedang Hadapi Peperiksaan

Sempena hari ini adalah hari pertama ujian peperiksaan untuk SPM, suka Kak Chah kongsikan doa daripada ibu bapa kepada anak anak yang sedang menghadapi peperiksaan. 

Doa ini Kak Chah dapat daripada Ustazah Waqqas. Ustazah tersebutkan forward kepada Kak Chah, kenapa tidak Kak Chah kongsikan dengan korang kan. Kekuatannya dari Asmaul Husna, bacalah zikir ini sepanjang anak sedang hadapi peperiksaan.

Langkah pertama - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Alim Ya Hakim
  3. Ya Roshid - 40 kali
  4. Bicara hati: Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik - 1 kali

Langkah dua - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Zohir - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan - 1 kali

Langkah tiga - baca
  1.  Allahumma - 1 kali
  2. Ya Fatah - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul - 1 kali

Langkah empat - baca
  1. Allahumma - 1 kali
  2. Ya Baari' - 40 kali
  3. Bicara hati:Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini

Langkah lima - baca
  1. Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi
  2. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. aku tiada daya - 1 kali
  3. Ulang dan ulang.

Langkah enam - Jika anak exam 1 jam 
  1. zikirlah.
  2. Bayangkan anak anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.
  3. Pastikan anak anak berwuduk semasa ke skolah. Kalau batal tidak apa apa.
  4. Ibu bapa kena istighfar juga sepanjang peperiksaan tersebut.
Daripada Ustazah Norhafizah Musa, kekuatan Asma ul Husna. 




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 5 November 2017

4 Tanda Kekurangan Vitamin K Dalam Badan

Ada 4 tanda kekurungan Vitamin K dalam badan seperti berikut:-

1. Luka kecil lambat tertutup
Vitamin K adalah keperluan asas dalam pembentukkan pembekuaan darah. Jika anda kekurangan vitamin K, pendarahan akan susah hendak berhenti walaupun ianya luka yang kecil. Contohnya luka kecil terkena pisau pada jari.

2. Sering lemah badan 
Kekurangan vitamin K juga boleh menyebabkan anemia. Selalu letih, sering pengsan dan muka nampak pucat juga tanda  kekurangan vitamin K.

3. Sering sakit perut
Vitamin K yang mencukupi boleh melancarkan sistem percernaan. Jika tanda seperti  selalu perut sakit, mungkin anda kekurangan Vitamin K dalam tubuh badan.

4. Pendarahan hidung
Tahap vitamin K yang rendah juga boleh menyebabkan pendarahan pada hidung.

Sumber Google

Dalam Qaseh Gold ada Vitamin K tau, iaitu terdapat dalam bayam dan minyak zaitun.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday, 4 November 2017

5 Sebab Perlu Amal Makanan Sunnah Qaseh Gold

Kenapa Kak Chah boleh mengamalkan Makanan Sunnah Qaseh Gold dan sole secara konsisten adalah kerana ramuan dan rasanya yang sangat sedap, manis manis kurma dan madu. Bagi Kak Chah, Sole (pati mineral) adalah raja dan manakala Qaseh Gold adalah permaisuri. 

1. Sole
Kandungan Sole
Sole adalah garam mineral dari gunung himalayan. Ianya mengandungi 84 kandungan garam mineral yang tepu.

Kelebihan sole
  • Terbaik sebagai detok untuk menyahkan toksin
  • Membantu daya penyerapan nutrisi yang optimum
  • Membekalkan mineral dalam diet harian
  • Membantu kesihatan sistem saraf dan otot
  • Menstabilkan tekanan darah dan tahap gula dalam darah
Golongan yang bersuaian
Sesuai untuk semua golongan termasuk ibu hamil dan ibu berpantang.


2. Qaseh Junior
Kandungan Qaseh Junior
Madu, Kurma, Tiin, Kismis, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Pegaga, Badam, Gingko Biloba,  Delima, Bayam, Garam Bukit, Glukosa, Xanthan Gum dan Pottasium Sorbate.

Kelebihan Qaseh Junior
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit
  • Melancarkan pembuangan air besar, Elak sembelit
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Menyokong tumbesaran yang sihat
  • Membekalkan tenaga
Golongan yang bersuaian
Anak anak berumur 6 bulan sehingga 12 tahun.


3. Qaseh Adinda
Kandungan Qaseh Adinda
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Gam Arab, Minyak Habbatus Sauda,  Za'faran, Garam Bukit, Gingko Biloba, Delima, Sireh, Manjakani, Pegaga, Passiflora, Glukosa, Air, Xanthan Gum dan Pottasium Sorbate.

Kelebihan Qaseh Adinda
  • Memperbaiki kesihatan reproduksi wanita
  • Memperbaiki kualiti dan keintiman suami isteri
  • Membekalkan tenaga
  • Meredakan tekanan dan menstabilkan emosi
  • Menguatkan sistem imun
  • Menambah kekuatan daya ingatan
  • Melancarkan pembuangan air besar
Golongan yang bersuaian
Gadis yang berumur 12 atau gadis yang akil balil sehingga 50 tahun, pasangan untuk ikhtiar hamil dan berpantang.


4. Qaseh Kekanda
Kandungan Qaseh Kekanda
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Gingko Biloba, Delima, Garam Bukit, Air, Xanthan Gum, Pottasium Sorbate, Glukosa, Ashwaganda, Sireh, Tribulus Terrestris dan Guarana


Kelebihan Qaseh Kekanda

  • Meningkatkan ketahanan lelaki dan kualiti libido
  • Memperbaiki tahap kesuburan lelaki
  • Membekalkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Menstabilkan emosi dan meredakan tekanan
  • Menguatkan sistem imun
  • Menambah kekuatan daya ingatan
  • Melancarkan pembuangan air besar
Golongan yang bersuaian
Lelaki yang berumur 12 atau akil balil sehingga 50 tahun, pasangan untuk ikhtiar hamil.



5. Qaseh Premier
Kandungan Qaseh Premier
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Gingko Biloba, Delima, Garam Bukit, Air, Xanthan Gum, Pottasium Sorbate, Roselle, Kacang Ginjal Putih, Gojiberi, Kalsium marin, Biji anggur dan Kranberi.

Kelebihan Qaseh Premier

  • Meningkatkan tahap kesihatan sistem dan fungsi badan
  • Melegakan masalah berkaitan tulang, sendi dan saraf
  • Membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan penyakit
Golongan yang bersuaian
Golongan professional, golongan melakukan kerja kerja berat, golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan ibu hamil.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 3 November 2017

5 Kepentingan Vitamin K Dalam Badan

Vitamin K meliputi vitamin K1 dan vitamin K2. Vitamin K1 berasal dari tanaman manakala Vitamin K2 dihasilkan oleh manusia dan ditemui di usus besar.

Vitamin K berasal dari kata bahasa Jerman “koagulasi.” Koagulasi adalah proses di mana darah membentuk gumpalan. Vitamin K memfasilitasi fungsi dari beberapa protein, termasuk bertanggung jawab untuk pembekuan darah. Ianya penting dalam pertumbuhan sel, metabolisme tulang dan jaringan lain.

Vitamin K juga boleh mencegah penyakit jantung. Apabila terjadi kekurangan vitamin K, maka osteocalcin tidak akan dapat mengikat kalsium. Ini bererti kalsium tidak dapat mengikat matriks tulang. 

Kekurangnya kalsium tulang akhirnya menjadi reput. Kalsium kemudian akan bebas didalam darah, dan akhirnya akan disimpan didalam arteri. Hal ini juga akan menyebabkan pengerasan pembuluh darah (aterosklerosis). 

Dalam bayam dan minyak zaitun ada Vitamin K, rupanya vitamin K sangat penting kepada tubuh badan kita. Nasib Kak Chah amal Qaseh Gold. Bayam dan minyak zaitun ada dalam Qaseh Gold tau. 

Jom kita terjah kepentingan umum Vitamin K dalam badan.

1. Membantu pembekuan darah
2. Menghalang pendarahan dalaman dan pendarahan
3. Mengurangkan aliran haid yang berlebihan
4. Membantu pengangkutan kalsium seluruh badan
5. Membantu untuk kesihatan tulang


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907


Thursday, 2 November 2017

6 Khasiat Ringkas Daun Sireh

Jom kita baca khasiat daun sireh secara ringkas. Khasiat daun sireh secara ringkas seperti ini:-

1. Meredakan batuk
2. Manfaat daun sireh untuk mengubati iritasi atau sakit mata
3. Melancarkan haid & keputihan
4. Menghilangkan bau mulut
5. Mengubati gusi berdarah
6. Merawat demam berdarah

Memang dari turun temurun penggunaan daun sireh ni. Nenek moyang kita kalau sakit atau luka ke mesti petik sireh ni tau! Senang kan nak dapat , tepi-tepi rumah je.

Eh kejap, daun sireh ada dalam Qaseh Adinda. Tak payah susah dah nk kisar ke tumbuk ke boleh telan terus dengan Qaseh Adinda sihat luar sihat dalaman . Pasti puas hati.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular