Monday 27 January 2020

Roti Karipap Sardin Ringkas

Roti Karipap Sardin Ringkas
Bahan
1. Sardin
2. Bawang putih ketuk
3. Roti
Cara cara
1. Tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan sardin.
2. Sambil sambil tunggu kuah likat, hancurkan ikan sardin dan gelekkan roti untuk nipiskan.
3. Letakkan sardin.
4. Untuk lekatkan bahagian tepi, Kak Chah guna air sahaja.
5. Untuk cantik, bahagian tepi. Guna garpu.
6. Goreng dan siap!
Mak aiiihh, tak sampai 15 minit sudah siap. Boleh #SHARE tau, ringkas sahaja.










Sunday 26 January 2020

Apabila anak sudah mengenal aurat ibumu

Tersentap sekejap dengan kalimah pendek, namun akhirnya tersenyum.
Ummi pakai tudung cepat ummi, kawan abang nak datang rumah.
Terdiam lama, oohh ok ok.
Dalam hati KC, abang sudah pandai tentang aurat ummi. Abang sudah makin membesar.
Cepat masa berlalu, rasa sayu menusuk pulak. Ini zaman awak anakku.

Aisyah Hamid
Rasa diri makin tua hahaha

Saturday 25 January 2020

DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK ANAK

DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK
1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5
5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
InshaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.


@kitabdoa

Friday 24 January 2020

Didik Anak Menjaga Agamanya

Anak menjadi pandai dan faham mengenai dunia ini sedikit demi sedikit.
Kita usah khuatir.
Tugas kita sebagai ibubapa apa ya?.
Kita teruskan mendidik mereka jadi anak soleh solehah.
Anak yang soleh dan solehah bukan sahaja termasuk anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu bapa.
Tetapi anak yang menjaga agamanya!


Aisyah Hamid
Insan lemah

Thursday 2 January 2020

4 Perkara Murah Rezeki Di Awal Pagi

Kata ustaz buat empat perkara ini untuk murah rezeki di awal pagi.
1. Solat Subuh
2. Usah tidur kembali
3. Hadiah Al fatihah ibubapa sama hidup atau mati
4. Solat sunat dhuha

Wednesday 1 January 2020

Semakin Tua Diri Kita Semakin Ingin Di Kelilingi Orang Kita Sayang

Semakin berusia ibubapa kita, Semakin mereka mahu hidup mereka dikeliling oleh orang - orang yang mereka sayang.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular