Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, 1 March 2019

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal ini. Yang ini Kak Chah copy paste ya. Tetapi sangat berharga untuk di kongsi dengan semua.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Jom share ya

Thursday, 2 August 2018

5 Rahsia Ringkas hati Tenang

Bangun pagi dah rasa serabut. Hati resah gelisah.
Cuba check 5 rahsia ringkas hati tenang.

1. Maafkan semua orang
2. Hargai perbezaan
3. Buang hasad dengki
4. Buang prasangka buruk
5. Sentiasa fikir benda baik.
Jom #SHARE jika bermanfaat.


Wednesday, 20 June 2018

Motivasi Diri


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday, 19 June 2018

Motivasi Diri



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 18 June 2018

Motivasi Diri


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 17 June 2018

Motivasi Diri


man jadda wajada (siapa bersungguh sungguh dia dapat)

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 15 June 2018

Motivasi Pagi


Selamat Pagi

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday, 14 June 2018

Teka Teki


Jadi REBUTAN

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday, 13 June 2018

Pantun Hari Ibu


Selamat har ibu dari Kak Chah.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday, 12 June 2018

Motivasi Diri


Setiap kali pagi tiba, menandakan korang berhak mendapat peluang baru lagi.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 11 June 2018

Motivasi Ramadan


Motivasi Ramadan

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 10 June 2018

Bersyukur


Alhamdulillah

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 8 June 2018

Motivasi Pagi


Ya Allah jadikanlah Ramadan kali ini titik penghijrahan dalam hidup ku, Amin.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday, 7 June 2018

Motivasi Pagi




Mohon sedekah SHARE kat Kak Chah. Hanya doa ni diiringi kalian. "Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan sahabat sahabat ku dunia dan akhirat".

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday, 6 June 2018

Motivasi Diri


Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang SABAR


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 14 May 2018

Motivasi Pagi Perubahan

Kak Chah Editing
Motivasi Pagi Perubahan

Berubah itu mungkin mudah 
Dan mungkin juga payah
Tetapi kekal dengan perubahan
Yang dibuat itu semestinya payah

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
017 615 5038

Sunday, 13 May 2018

Wanita Dan Lelaki Saling Melengkapi

Kak Chah Editing

Saling melengkapi Bagai Uda Dan Dara Perpisah Tiada

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.

Kekuatan membina keluarga lebih bahagia, perelokkanlah dari hari ke hari.

Kalau dulu gurauan susah di dengari, setahun pun susah nak dengar, cubalah belajar bergurau gurau senda bersama mereka. Tak tahu, Google aje.

Kalau dulu sebelum kahwin, ayat manis bergula, lepas kawin kekalkanlah ayat ayat gula tu. Biar kalah drama MrGrey na.

Tip nya mudah, sentiasa buatkan rasa harmoni antara encik suami dan isteri, anak anak tengok pun rasa bahagia.

Kalau encik suami tanya, eh kenapa tiba tiba cakap terima qaseh, sayang atau bahagia ni. Hari ni bukan hari special kan.

Si isteri jawab aje, usah malu malu. Tapi saya rasa setiap hari special aje bersama awak. Cia cia cia.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
017 615 5038

Tuesday, 5 December 2017

Duit Sikit Hati Sakit

Kak Chah ada post tentang yang manakah paling sakit. Kak Chah ambil dari instagram Kak Chah. Kak Chah nak jadikan ianya survey simple. Kajian simple ini membuktikan 70% rata rata rakyat malaysia memang takut bila tiada duit.

Ia memang betul, tiada duit dalam dompet ke, dalam bank ke, dalam bentuk emas ke. Memang sakit. Hati sakit dan fizikal juga sakit.

23% pula komen yang paling sakit adalah sakit gigi dan selebihnya adalah telefon hilang. Apa apa pun, ianya bergantung pada individu seseorang. Mungkin yang berkata paling sakit gigi kerana duit dia boleh dapat dari ibu bapa, pinjam dengan kawan kawan dan sebagainya.

Kesimpulannya, itu semua rezeki Allah bagi, semasa sihat manfaatkan masa sihat kita sebelum sakit. Semasa duit banyak manfaatan duit kita sebaiknya contohnya sedekah, buat simpanan dan sebagai, sebelum duit menyempit.

Semuanya bergantung pada kita.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Friday, 10 November 2017

11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

11 tip agar rezeki mengalir deras ini Kak Chah ambil daripada instagram ustaziqbalzain. Insha Allah, sama sama kita amalkan bagi memudahkan dan melancarkan rezeki yang sedang sempit, diantara 11 tip agar rezeki mengalir deras bak air terjun adalah seperti ini:

1. Istiqamah Solat Dhuha
Allah SWT berfirman dihadits qudsi:

"Wahai anak adam, jangan sekali kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebur, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya" (HR Hakim & Thabrani)

2. Surah Al-Waqiah

"Barangsiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" (Riawayat Ibn Mas'ud: al-Azhar, al-Jami al-Soghir)

3. Istiqomah Solat Tahajud
Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla turun (rahmat) setiap malam turun ke langit dunia, ketika tepat pada 1/3 malam yang akhir sambil terfirman: Barang siapa yang berdoa padaKu akan Aku kabulkan, barang siapa yang minta padaKu akan Aku beri dan barang siapa yang minta ampun padaKu akan Aku ampuni"

4. Selalu berprasangka baik pada Allah (Husnuzhon Billaah)

5. Memperbanyakkan tawakal pada Allah.

6. Meningkatkan taqwa kepada Allah.

7. Berusaha menjadi orang jujur dan amanat.

8. Suka menghormati tetamu.
Rasulullah SAW: 

"Tamu datang pada kalian dengan membawa rezeki".

9. Memperbanyakkan atau penyambung sillaturrahim

10. Memperbanyakkan infaq dan sedekah

11. Banyakkan istighfar

"Barang siapa yang memperbanyak membaca  istighfar, maka Allah akan menjadikan segala kesusahan menjadi kemudahan dan dari segala kesempitan Allah jadikan jalan keluar dan Allah  juga akan berikan rezeki untuknya dari yang dia sangka  mahupun yang tidak dia sangka". (HR.Ahmad).






Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday, 6 November 2017

Doa Ibu Bapa Kepada Anak Sedang Hadapi Peperiksaan

Sempena hari ini adalah hari pertama ujian peperiksaan untuk SPM, suka Kak Chah kongsikan doa daripada ibu bapa kepada anak anak yang sedang menghadapi peperiksaan. 

Doa ini Kak Chah dapat daripada Ustazah Waqqas. Ustazah tersebutkan forward kepada Kak Chah, kenapa tidak Kak Chah kongsikan dengan korang kan. Kekuatannya dari Asmaul Husna, bacalah zikir ini sepanjang anak sedang hadapi peperiksaan.

Langkah pertama - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Alim Ya Hakim
  3. Ya Roshid - 40 kali
  4. Bicara hati: Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik - 1 kali

Langkah dua - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Zohir - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan - 1 kali

Langkah tiga - baca
  1.  Allahumma - 1 kali
  2. Ya Fatah - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul - 1 kali

Langkah empat - baca
  1. Allahumma - 1 kali
  2. Ya Baari' - 40 kali
  3. Bicara hati:Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini

Langkah lima - baca
  1. Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi
  2. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. aku tiada daya - 1 kali
  3. Ulang dan ulang.

Langkah enam - Jika anak exam 1 jam 
  1. zikirlah.
  2. Bayangkan anak anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.
  3. Pastikan anak anak berwuduk semasa ke skolah. Kalau batal tidak apa apa.
  4. Ibu bapa kena istighfar juga sepanjang peperiksaan tersebut.
Daripada Ustazah Norhafizah Musa, kekuatan Asma ul Husna. 




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular