Saturday 6 October 2012

Tip Rehatkan Mata Anda Dengan Cara Mudah

Salam semua dan jom rehatkan mata anda.

Ini pokok hiasan atas meja ummi, simple!

Mari pinjamkan mata dan masa anda untuk kita kongsi tip rehatkan mata dengan cara mudah.


Sebagai contoh, 30 minit mata kita di skrin komputer dan selangkan 5 minit or 10 minit kefokusan mata anda di tempat lain. Ulang langkah tersebut.
Contohnya melihat pokok hiasan dekat luar tingkap, ataupun membela ikan hiasan di meja.


Di dalam dunia yang serba teknologi dan dunia seorang kerjaya, komputer, laptop atau sebagainya merupakan satu kemestian. Bagi ummi, mengadap komputer atau laptop merupakan satu kemestian dalam menyiapkan tugas. 

Namun terfikirkah bahawa mata merupakan salah satu pancaindera yang terpenting dan tanpanya gelaplah dunia ini dan adakah kita terfikir, mata juga memerlukan rehat yang secukupnya. 

1) Apabila terlalu lama fokus terhadap skrin komputer menyebabkan mata kita akan menjadi penat untuk mengelakkan mata kita penat adalah dengan alihkan mata kita ke tempat lain selama 5 minit-10 minit. 

2) Dalam masa selang 5 minit hingga 10 minit itu, lihatlah sesuatu yang berwarna hijau, hidupan atau aktiviti yang kita suka.

3) Atau sambil - sambil itu, buatlah latihan mata, dengan mengerakkan mata ke kiri ke kanan atau pejam celik pejam celik.

4) Selain itu, tip nombor 4 ini lebih kepada kedudukan skrin komputer dan kerusi.

a) Skrin komputer: Dongakkan skrin komputer anda selari dengan mata anda. Dari perhatian ummi, kebanyakkan pengguna yang menggunakan komputer, keadaan skrin komputer adalah dalam keadaan yang menunduk ke bawah. Ini adalah tidak sesuai kerana kefokusan mata adalah pada skrin yang menunduk kebawah. Hal ini menyebabkan anda akan mengalami sakit tengkok. 

b) Kerusi: Pilihlah kerusi yang bersuai dengan anda kerana berlalu lama duduk menyebabkan sakit belakang. Jadi rajin-rajinlah buat latihan senaman badan yang senang tetapi konsistan.

p/s: Ummi selalu buat begitu supaya ummi tidak payah pakai cermin mata dan terbukti belakang dan tengkok ummi tidak sakit, Alhamdullilah!. Cuba anda lakukan, alhamdulillah mata akan lebih segar dari biasa. Cubalah anda akan tahu perbezaannya nanti.

Semua tips di atas adalah pengalaman dan nasihat dari doktor ummi semata-semata.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular