Tuesday 31 December 2019

Doa Yang Berkesan Buat Anak Anak Masa Kini

Ya Allah,
Jadikanlah anak anakku anak yang soleh dan solehah.
Luaskan rzekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan.
Lepaskanlah dia dari segala hutang piutang.
Mudahkanlah segala urusannya.
Kabulkanlah cita citanya dan harapannya.

Ya Allah,
Jauhkanlah dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka dan perkataan kasar.
Jauhkanlah dia dari segala musibah.

Ya Allah,
Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosanya
dan jadikanlah dia penghuni syurgaMu

Monday 30 December 2019

5 Jenis Air Ibu Yang Tidak Tahu

Ada 5 jenis air dari ibu yang sampai bila bila pun kita sebagai anak tidak mampu membalasnya.
1. Air Ketuban saat ibu mengandung
2. Air darah saat ibu melahirkan anak
3, Air susu saat ibu menyusu
4. Air keringat ibu menguruskan kita
5. Air mara ibu mendoakan kita.

Ya Allah, semoga syurga Mu jua sebagai balasannya.

Sumber; Pesan Bonda

Saturday 28 December 2019

Hebat Seorang Ibu

Dia bukan malaikat
dia bukan nabi
Tetapi doanya sangat mustajab untuk kita.
dialah ibu kita.

Friday 27 December 2019

Thursday 26 December 2019

Apapun Keadaan Ibubapamu

Bagaimanapun keadaan ibu mu, dia tetap syurgamu dan bagaimana pun ayahmu, dia tetap pahlawanmu.

Sunday 22 December 2019

Pesan Ustas Dusuki Tentang Anak

Ustaz Dusuki pesan ...

"...jika kita mengandung, anak itu gugur, walaupun kandungan tu baru seminggu atau sebulan, beri nama kepada anak itu.

Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan, maka berilah mereka nama lelaki kerana dia akan ada di akhirat nanti."

Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih jika keguguran, kerana anak itu sedang menunggu kita.

Buatlah amalan kebaikan di dunia dan semoga kelak bertemu dengannya di dalam syurga.

Aamiin


Saturday 21 December 2019

Peringatan Untuk Wanita Akhir Zaman

Peringatan untuk diri sdiri.
Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta.

1. Wanita sebelum berwudhu' kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi/keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat.  Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum Solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.

2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya.
{Salamun 'alaikum bima sobartum}

3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu' pastikan bedak @ foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu' ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.

4. Baca doa selepas berwudhu' akan dibuka 8 pintu Syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu Syurga.

5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa.? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.

✅JAGA AURAT
✅JAGA SOLAT
✅JAGA PERGAULAN
✅JAGA WUDHU'

 Ustazah Asma Harun
💗💗💗 @ Marang, Terengganu, Malaysia
Cp fb

Friday 6 December 2019

Tips dalam mengamalkan Qaseh Gold

Tips dalam mengamalkan Qaseh Gold:

 1. Kandungannya dari formulasi pemakanan sunnah dan herba terpilih. Anda tidak perlu risau status halalan toyiban. Namun sila teliti kandungan ramuan, mana tahu anda ada alahan terhadap ramuan tersebut.

 2. Amalkan selama 3-4 bulan, untuk memberi peluang Qaseh serasi dengan tubuh. Manfaat Qaseh akan dapat dirasai bila tubuh telah serasi.

 3. Amalkan mengikut sukatan dan aturan yang telah disyorkan, baru nampak hasilnya. Sila rujuk dengan Konsultan Qaseh yang menjual Qaseh kepada anda sekiranya anda tidak pasti dengan aturan pemakanan yang betul.

 4. Istiqamah. Mengambil Qaseh dengan aturan yang betul, pagi & malam dan tidak culas. Disertai dengan pengambilan air yang mencukupi.

 5. Tawakkal dan berniat semoga cepat sembuh. Sebelum ambil Qaseh, baca Bismillah dan selawat. Sihat itu jihad. Qaseh Gold Mudah. Murah. Mujarab.


Tuesday 3 December 2019

Hidup suami isteri dari Ustaz Ebit Liew

Sekali saya pergi bank. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.

Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.

Dia sibuk kerja dan urus anak-anak.
Dia tak pedulikan saya.
Kuat marah jer. Jerit-jerit.
Dia asyik menolak jika ajak bersama.
Dia macam tak suka untuk bersama.
Dia suka minta yang bukan-bukan.
Dia kuat merajuk 24 jam.
Tak reti urus diri..

akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..

Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.

Saya diam...dia tanya lagi kenapa ya ustaz?

Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..

Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.

Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.

Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.

Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja.

Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..

Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.

Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka.

Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dam berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.

Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa. Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis.

Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam. Bila kita rasa diri kita betul dan orang lain salah itu tandanya hati kita kena barah.

Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya.

Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun takde masa.

Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.

Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.

Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw.

Tidak bawa ke majlis Ta'lim.

Tidak bawa berdakwah dan belajar iman.

Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta'lim bersama.

Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.

Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup semati

Mereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam.

Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak.

Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah..

Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik

Pohon doakan saya nak buat keluarga sunnah perbaiki diri jelajah setiap negeri di Malaysia terbuka pada semua yang berumur 18 tahun sampai 65 tahun+

 -ebit lew-

Monday 2 December 2019

Perkara yang baik untuk kita

8 jenis makanan yang paling baik untuk mencegah penyakit

‎Delima▪️Yogurt▪️Bawang Putih▪️Bawang Besar▪️Teh hijau▪️Oat▪️Labu▪️Brokoli

Tiga perkara membawa penyakit
‎1. Banyak bercakap
‎2. Banyak tidur
‎3. Banyak makan

Empat perkara merosakkan badan
‎1. Dukacita
‎2. Sedih
‎3. Kebulur
‎4. Tak tidur malam

Empat perkara menambah seri wajah
‎1. Taqwa
‎2. Jujur
‎3. Pemurah
‎4. Jaga kehormatan

Empat perkara menarik rezeki
‎1. Qiamulail
‎2. Banyak istighfar waktu 2/3 malam
‎3. Biasa bersedeqah
‎4. Berzikir waktu awal pagi dan petang

-quotephotovideo

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular