Tentang saya

Monday, 26 November 2012

NILAI ILMU ATAU NILAI HARTA



Salam 1 Malaysia,





Sewaktu pemerintahan Sayyidina Ali, golongan Al-Khawarij telah cuba menjatuhkan Sayyidina Ali dari segi keilmuan. Maka kerana itu ada sepuluh orang pemimpin Khawarij telah bertemu dengan Sayyidina Ali. Sepuluh orang menanyakan satu soalan, mana lebih utama, ilmu atau harta? Kalau betul Sayyidina Ali orang yang bijak, mereka mengharapkan sepuluh jawapan yang berbeza.

   Sayyidina Ali sememangnya seorang ahli ilmuan sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa “Rasul itu gedung ilmu dan Ali kuncinya”. Sayyidina Ali dengan spontan menjawab kepada sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan yang berbeza. 


1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya. 

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. 

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. 

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia. 

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian. 

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak. 

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan. 

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati. 

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah. 


P/S: Nilai mana yang berharga? Ilmu lebih berharga daripada harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. 



Thursday, 22 November 2012

Ragam Perasaan dan Penyelesaian



Ragam Perasaan dan Penyelesaian. Jom kita amalkan!!




                Jika Kita Marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
           Jika Kita Bingung - KLIK doa agar tenang hati.
           Jika Kita Di Puji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
           Jika Kita Gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
           Jika Kita Kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
           Jika Kita Bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
           Jika Kita Berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
           Jika Kita Berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
           Jika Kita Berbohong - BACKSPACE kata2 untuk memperbetulkan keadaan.
           Jika Kita Buat Maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.


 ✔ Jom sebarkan, Rugilah kalau tidak sebarkan sebab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH :)

  ~ Ustaz Don Daniyal

Wednesday, 21 November 2012

Pokok Gharqad (pokok yahudi)

Salam,

Baru ummi tahu rupanya ada pokok yahudi, jom sama-sama kita teroka rahsia pokok yahudi dan kepentingan kepada orang-orang yahudi.



Menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini 
tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.













  • Pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae.
  • Sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. 
  • Dikategorikan sebagai beracun.
  • Buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja.
  • Daunnya bewarna hijau muda. 
  • Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
  • Ianya menjadi tempat perlindungan haiwan liar seperti tikus, arnab, ular dan sebagainya




Di fahamkan ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. 


Logo Kempen Menanam Pokok Gharqad

P/S: Untuk lebih terperinci KLIK.


Wednesday, 7 November 2012

BERSYUKURLAH


kita tidak akan mampu mendapatkan 
apa yang kita inginkan
sekiranya kita asyik berkeluh kesah
dengan apa yang telah kita miliki

kadang kala juga kita perlu mengalami
pahit getirnya sebuah kehidupan
untuk memahami nilai manisnya
sebuah kehidupan

P/S: kata-kata hikmah...

Thursday, 1 November 2012

Rahsia Solat Berjemaah Melalui Teori Fizik


Rahsia Solat Berjemaah....




Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.





Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.