Thursday 5 October 2017

Telefon Dari Postpaid Ke Prepaid

Kak Chah sebelum ni pengguna celcom postpaid dan berhajat nak tukar ke maxis prepaid. Tapi perjalanan nak tukar postpaid ke prepaid dengan kekal no telefon sama agak payah sedikit compare dengan prepaid ke postpaid.

Kak Chah cerita sikit perjalanan Kak Chah tukar postpaid ke prepaid dengan kekal no telefon yang sama.

1. Mula mula Kak Chah pergi celcom kiosk dulu. Rupanya tidak boleh tukar direct dari celcom postpaid ke celcom prepaid. Customer service tu cakap kena daftar telco lain dulu baru boleh daftar sebagai prepaid.



2. Bincang punya bincang, so, Kak Chah pilih maxis, orang kata maxis line elok kat kampung. Pergi lah Kak Chah ke kiosk maxis. Alhamdulillah, pendaftaran no tersebut boleh dibuat terus. Bagi aje IC dan cap jari. Settle.

Pihak maxis akan submit application untuk no tersebut kepada pihak celcom dan Kak Chah mesti lah settle kan bill celcom terlebih dahulu.



3. Kak Chah pun pergi lah ke celcom. Jumpa customer service, Kak Chah cakap kak Chah nak settle kan bill dan nak terminate line. Oh, maaf cik nak terminate line tak boleh di sini.

Huh, panas Kak Chah dah 50%. Sabar Kak Chah. Pahtu lagumano?. Ai dah speaking london dah. Panas kan.

Kena g celcom cube. Celcom cube katne. Di KL ya cik. Kak Chah tak biasa jalan KL ni. Ada alternative lain?.

Boleh aje, call 1111.

Huh, Sejuk sikit.

Kak Chah terus call no tersebut. Dekat 30 minit jugak bercakap. Dari panas 50% jadi 100%. Xpe lah cik celcom, 

Kak Chah decide nak tukar prepaid jugak. Terima Qaseh nasihat kamu. Kak Cha appreciate ya.




4. Tunggu aje dalam 2, 3 hari pihak celcom akan hantar pengesahan tukar telco. Apa lagi tekan yes la. Sekarang enjoy dengan prepaid, jimat duit.



Alhamdulillah, tenang sahaja bila pakai prepaid ni. Tidak payah nak serabut bayar duit bulan bulan, hati tenang, stress tidak ada, tentu tentu kesihatan terjaga. Kak Chah suka!.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular