Tuesday 3 October 2017

Matlamat Blog Tip Kesihatan Pantas

Matlamat Kak Chah dalam blog Tip Kesihatan Pantas adalah memberikan manfaat kepada semua orang tentang kepentingan menjaga kesihatan dengan makanan sunnah yang semulajadi tanpa bahan pengawet.

Kesihatan bukan sahaja merangkumi pemakanan dan makanan tetapi dari segala aspek contohnya, persekitaran, aktiviti seharian dan stress.

Lumrah dunia hari ini, semuanya hendak pantas. Kalau boleh makan pun nak pantas, tidak payah kunyah terus telan kan. Melawak aje. Di blog ini, Kak Chah kongsikan cara-cara, tip dan langkah-langkah untuk menjimatkan masa, tenaga, wang korang dengan cara mudah.

Kak Chah nak bagitau la visi dan misi blog Tip Kesihatan Pantas ini, bunyi visi dan misi macam formal, kaku gituw, orang muda mudi katanya tidak trendy, tidak hip, tidak glamor lah. Sebenarnya versi yang Kak Chah sampai adalah visi dan misi yang nampak simple tapi impaknya besar tau pada pada Kak Chah.

Visi dan misi ini penting ya sebab ianya memberikan satu direction atau arahan kepada kita supaya lebih fokus. Kalau kita fokus, biasanya kita tidak hirau apa yang berlaku di sekeliling kita. Daripada perkataan fokus, maka lahirlah perkataan konsisten dan semangat yang betul.

Berikut adalah contoh visi dan misi blog Tip Kesihatan Pantas versi Kak Chah.

Visi:

Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi mendapat topik tentang tip kesihatan pantas dan Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold.

Misi:
  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan tip kehidupan supermak dan tip kesihatan.
  • Berkongsi memberikan tip jimat, tip simple dan ringkas berkaitan supermak.
  • Berkongsi kelebihan dan manfaat Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold

Jadi, pastikan korang pun ada masa matlamat yang korang nak dalam hidup dan tuliskan dengan jelas bila dan bagaimana ya.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular