Showing posts with label Konsultan Qaseh Gold. Show all posts
Showing posts with label Konsultan Qaseh Gold. Show all posts

Friday, 1 March 2019

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal ini. Yang ini Kak Chah copy paste ya. Tetapi sangat berharga untuk di kongsi dengan semua.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Jom share ya

Friday, 8 February 2019

Qaseh Gold Atasi Masalah Gastrik Atau Pedih Ulu Hati

Kekadang ada antara kita yang ada gastrik atau pedih ulu hati/perut semasa berpuasa.
Mesti ramai yang macam ini kan?  

Kekadang Kak Chah juga mengalami masalah seperti ini. Syukur, Alhamdulillah dengan qaseh adinda kekanda. Kak Chah dapat berpuasa penuh.

Hanya makan 2 sudu sewaktu sahur & 2 sudu waktu malam sebelum tidur, Qaseh Gold berjaya bantu selesaikan masalah Kak Chah.

Tuesday, 21 November 2017

Tentang Kak Chah

Nama panggilan Kak Chah, Aisyah Hamid adalah nama dalam surat beranak.

Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Anak pertama lelaki, diberi nama waqqas manakala anak kedua perempuan, diberi nama wafiyyah. Anak ketiga pula, Alhamdulillah lelaki, bernama Wafiq. Orang orang lama kata bunga sebab selang seli jantina kan. 

Dilahirkan dalam keluarga sederhana, alhamdulillah, serba serbi cukup. Belajar disebuah sekolah yang biasa dan mengambil  aliran sains semasa sekolah menengah. Result SPM juga tidak gempak, biasa biasa sahaja.

Selepas tamat sekolah, Kak Chah dapat menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau dalam bidang sains stream - biologi.

Dengan minat yang kobar kobar dalam bidang kesihatan, Kak Chah telah mengambil kos kesihatan di UITM, Shah Alam. Syukur berjaya menamatkan ijazah dalam bidang pengurusan kesihatan.

Alhamdulillah, Kak Chah tidak sempat hendak taman anggur kerana berjaya mendapat tawaran kerja di satu hospital rehabilitasi centre. Syukur pada Ilahi, Allah telah memberikan ruang pada Kak Chah untuk berkecimpung dalam bidang kesihatan lebih kurang 10 tahun.

Kini Kak Chah bergiat aktif dalam aktiviti bisness makanan. Berniaga produk jus harian untuk sekeluarga, jus Qaseh Gold. Kak Chah merupakan stokis Qaseh Gold Junior, sila klik disini.

Tagline KakChah adalah KakChahGoWGreen kerana Kak Chah pakar dalam menangani anak anak yang mempunyai masalah dengan makan. Contoh senang anak anak tidak makan sayur.

Okey lah, panjang pula karangannya. Terima Qaseh sudi membaca coloteh Kak Chah.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday, 4 November 2017

5 Sebab Perlu Amal Makanan Sunnah Qaseh Gold

Kenapa Kak Chah boleh mengamalkan Makanan Sunnah Qaseh Gold dan sole secara konsisten adalah kerana ramuan dan rasanya yang sangat sedap, manis manis kurma dan madu. Bagi Kak Chah, Sole (pati mineral) adalah raja dan manakala Qaseh Gold adalah permaisuri. 

1. Sole
Kandungan Sole
Sole adalah garam mineral dari gunung himalayan. Ianya mengandungi 84 kandungan garam mineral yang tepu.

Kelebihan sole
  • Terbaik sebagai detok untuk menyahkan toksin
  • Membantu daya penyerapan nutrisi yang optimum
  • Membekalkan mineral dalam diet harian
  • Membantu kesihatan sistem saraf dan otot
  • Menstabilkan tekanan darah dan tahap gula dalam darah
Golongan yang bersuaian
Sesuai untuk semua golongan termasuk ibu hamil dan ibu berpantang.


2. Qaseh Junior
Kandungan Qaseh Junior
Madu, Kurma, Tiin, Kismis, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Pegaga, Badam, Gingko Biloba,  Delima, Bayam, Garam Bukit, Glukosa, Xanthan Gum dan Pottasium Sorbate.

Kelebihan Qaseh Junior
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan penyakit
  • Melancarkan pembuangan air besar, Elak sembelit
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Menyokong tumbesaran yang sihat
  • Membekalkan tenaga
Golongan yang bersuaian
Anak anak berumur 6 bulan sehingga 12 tahun.


3. Qaseh Adinda
Kandungan Qaseh Adinda
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Gam Arab, Minyak Habbatus Sauda,  Za'faran, Garam Bukit, Gingko Biloba, Delima, Sireh, Manjakani, Pegaga, Passiflora, Glukosa, Air, Xanthan Gum dan Pottasium Sorbate.

Kelebihan Qaseh Adinda
  • Memperbaiki kesihatan reproduksi wanita
  • Memperbaiki kualiti dan keintiman suami isteri
  • Membekalkan tenaga
  • Meredakan tekanan dan menstabilkan emosi
  • Menguatkan sistem imun
  • Menambah kekuatan daya ingatan
  • Melancarkan pembuangan air besar
Golongan yang bersuaian
Gadis yang berumur 12 atau gadis yang akil balil sehingga 50 tahun, pasangan untuk ikhtiar hamil dan berpantang.


4. Qaseh Kekanda
Kandungan Qaseh Kekanda
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Gingko Biloba, Delima, Garam Bukit, Air, Xanthan Gum, Pottasium Sorbate, Glukosa, Ashwaganda, Sireh, Tribulus Terrestris dan Guarana


Kelebihan Qaseh Kekanda

  • Meningkatkan ketahanan lelaki dan kualiti libido
  • Memperbaiki tahap kesuburan lelaki
  • Membekalkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Menstabilkan emosi dan meredakan tekanan
  • Menguatkan sistem imun
  • Menambah kekuatan daya ingatan
  • Melancarkan pembuangan air besar
Golongan yang bersuaian
Lelaki yang berumur 12 atau akil balil sehingga 50 tahun, pasangan untuk ikhtiar hamil.



5. Qaseh Premier
Kandungan Qaseh Premier
Madu, Kurma, Tiin, Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda, Gam Arab, Za'faran, Gingko Biloba, Delima, Garam Bukit, Air, Xanthan Gum, Pottasium Sorbate, Roselle, Kacang Ginjal Putih, Gojiberi, Kalsium marin, Biji anggur dan Kranberi.

Kelebihan Qaseh Premier

  • Meningkatkan tahap kesihatan sistem dan fungsi badan
  • Melegakan masalah berkaitan tulang, sendi dan saraf
  • Membekalkan tenaga, mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan penyakit
Golongan yang bersuaian
Golongan professional, golongan melakukan kerja kerja berat, golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan ibu hamil.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday, 29 October 2017

5 Sebab Sahut Cabaran Sebagai Konsultan Qaseh Gold

Soalan: Bagaimana Kak Chah boleh terjebak menjadi konsultan Makan Sunnah Qaseh Gold?.

Jawapan: Disebabkan produk ini mempunyai semua ramuan makanan sunnah dalam satu botol, jika hendak makan satu satu makanan sunnah memang jenuh hendak makan kan. Jimat masa dan jimat duit juga tau.

Produk ini sudah lama berada di pasaran sejak tahun 1983 lagi. Bermakna sudah 34 tahun produk Qaseh Gold bertapak di pasaran. Ini membuktikan produk Qaseh Gold memang terbaik, jika tidak mana mungkin boleh bertahan selama itu kan.

Disamping itu juga antara sebab lain adalah produk dan syarikat mempunyai pengsijilan seperti berikut. 5 sebab Kak Chah sahut cabaran sebagai konsultan Qaseh Gold adalah:-

1. Barakah Praktis

Baraqah Practice merupakan satu penanda aras baru di dalam pengurusan Ana Edar Sdn. Bhd. yang bermotokan 'Agenda Transformasi Ummah'. Pengamalan Baraqah Practice ini merangkumi semua tahap yang bermula dari pengurusan staf, pengurusan kilang sehingga pengurusan Rakan Niaga Ana Edar Sdn. Bhd.

Objektif utama Baraqah Practice adalah untuk mendapatkan keberkatan dan keredahaan daripada Allah swt.


2. Buatan Malaysia

Mestilah sokong buatan malaysia.


3. Halal

Minuman atau jus Qaseh Gold yang berasaskan formulasi makanan sunnah ini diperakui khasiatnya sejak zaman berzaman dan termaktub dan ada tertulis di dalam Al-Quran dan hadis.

Selain itu juga, beberapa jenis herba terpilih turut dimasukkan di dalam ramuan Qaseh Gold bersama gaya hidup yang sihat seperti pemakanan seimbang, bersenam, minum air yang mencukupi dan pengurusan stress yang baik bagi mendapatkan kesihatan optimum dan bahagia di dunia dan diakhirat.



4. 10 Tahun Qaseh Gold

Qaseh Gold, Sedekad memberi manfaat.


5. Qaseh Gold juga telah disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM)


Korang hendak join Kak Chah, meh hubungi kami. Inshaa Allah, Kak Chah bantu korang bina jati diri, bina empayer sendiri dan bantu saudara lain lagi.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular