Tuesday 12 February 2019

25 Panduan Bisness Orang Cina

25 Tips Bisnes Orang Cina.
=====

Tips ini sempena Tahun Baru Cina 2019 dan diolah dari Buku 'RAHSIA BISNES ORANG CINA' ini ditulis oleh Ann Wan Seng dan Blog Syue.

Di sini saya senaraikan antara 25 rahsia bisnes mereka.

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari.

2. Katanya, PENIAGA TULEN, tak takut cabaran. PENIAGA PALSU, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.

3.Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.

4. Orang Cina suka berhijrah.

5.Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.

6. Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.

8. Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan.

9. Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.

10. Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada SIKAP, USAHA dan KEYAKINAN.

11. Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.

12. Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.

13. Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.

14. Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.

15. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

16. Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.

17. Konsep perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari untung seorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain. Kerana bagi mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain.

18. Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan. Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

19. Peniaga jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.

20. Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat'. Orang kalah kerana dia lambat bertindak.

21. Orang Cina boleh berniaga di kampung Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang Cina.

22. Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan.

23. Orang Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.

24. Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangan. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban.

25. Orang Cina suka bekerja dengan pantas. Mereka tidak suka buang masa. Apabila bekerja, mereka akan memberikan sepenuh tumpuan. Sebab itulah orang Cina bergerak pada kadar yang laju, makan laju dan cakap pun laju. Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

*Nota: Kak Chah copy dari group wassap. Semoga kita boleh dapat darinya.

11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras: Kekadang ibu ibu hebat pernah dengarkan rungutan anak tentang sesuatu yang mereka inginkan tetapi tidak dapat. Merungutan ini menunjukk.

Monday 11 February 2019

Fakta Bayi

Fakta Bayi: Sumber: Qaseh Junior HQ Jom kita baca apa yang menarik tentang fakta bayi kita.

Sunday 10 February 2019

Dosa Paling Besar

Dosa Paling Besar: Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Saturday 9 February 2019

Friday 8 February 2019

Qaseh Gold Atasi Masalah Gastrik Atau Pedih Ulu Hati

Kekadang ada antara kita yang ada gastrik atau pedih ulu hati/perut semasa berpuasa.
Mesti ramai yang macam ini kan?  

Kekadang Kak Chah juga mengalami masalah seperti ini. Syukur, Alhamdulillah dengan qaseh adinda kekanda. Kak Chah dapat berpuasa penuh.

Hanya makan 2 sudu sewaktu sahur & 2 sudu waktu malam sebelum tidur, Qaseh Gold berjaya bantu selesaikan masalah Kak Chah.

Popia Milo 15 Minit Untuk Anak

Popia Milo 15 Minit Untuk Anak: Kenapa 15 minit?. Sebab buatnya senang. Koyak kulit popia, goreng dan letak milo & susu tepung. Alahai senang nye kudap kudap

Thursday 7 February 2019

French fries Homemade Tanpa Bahan Perasa

French fries Homemade Tanpa Bahan Perasa: Cara caranya 1. Potong kentang, panjang panjang 2. Rebus dalam 10 minit, usah lama takut hancur 3. Goreng Memang selamat dimakan .

Wednesday 6 February 2019

Popia Goreng Semudah ABC

Popia Goreng Semudah ABC: Ya Allah mudah sangat buat popia, orang kata semudah ABC. Memang betul la. 1. Taugeh buang akar dan parut carrot 2. Adunkan semua.

Tuesday 5 February 2019

Qaseh Gold Untuk Keluarga Bahagia Kita

Qaseh Gold Untuk Keluarga Bahagia: Kak Chah suka sangat dengan ayat ringkas yang di tulis oleh Dr Taufiq. Ringkas tapi padat " JAGA EMOSI KITA DULU, BARU EMOSI ANAK TERJAGA.

Jaga Diri Dengan Qaseh Gold Adinda

Jaga Diri Dengan Qaseh Gold Adinda: Menjaga dan mendidik anak sememangnya perlukan komitmen yang sangat tinggi pada ibu bapa. Kedua duanya saling memerlukan untuk membangunkan...

Monday 4 February 2019

Anak Sihat Zahir Dan Batin

Anak Sihat Zahir Dan Batin: Hendak anak sihat zahir dan batin. Bila kita sebut mahu anak lebih sihat bukan bermakna hanya fokus bahagian beri makanan yang sihat sahaja.

Dunia Parenting Yang Ampuh

Dunia Parenting Yang Ampuh: Ilmu "parenting" tiada noktahnya. Lain fasa perkembangan anak, maka lain pula cara didikkannya.

Solusi Anak Kecil Meludah

Solusi Anak Kecil Meludah: Anak kecil sememang sangat terperangaruh dengan persekitaran sekeliling. Cepat meniru aksi aksi orang yang mereka nampak.

2 Fakta Anak Meludah

2 Fakta Anak Meludah: Banyak cara atau emosi yang ditunjukkan oleh anak kecil untuk menonjolkan mereka memberontak antaranya ialah memukul balik ibubapa, menjerit.

Doa Kurniakan Anak Yang Kenal Allah

Doa Kurniakan Anak Yang Kenal Allah: Amalkan doa ini, perkongsian dari ummi Rosma. Baca selepas solat dan niat dengan ikhlas. Ya Allah, kurniakanlah ilmu Mu agar anakku...

Anak Sihat Badan Dan Emosi Dengan Tidur Cukup

Anak Sihat Badan Dan Emosi Dengan Tidur Cukup: Disiplinkan waktu tidur dengan cukup. Anak anak sememang suka bermain, tambah lagi permainan yang mereka suka. Memang tidak tidur mereka. ...

Himpunan Kata Kata Untuk Sahabat

Himpunan Kata Kata Untuk Sahabat: Jom terjah kata kata motivasi untuk sahabat hebat kalian ya!

Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar

Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar: Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar?

Banyakkan free play dan juga play break. 

Biarlah sesekali anak bermain tanpa kita

Anak Suka Berebut Barang

Anak Suka Berebut Barang: Kenapa Anak Berebut Barang? Ini antara tanda-tanda anak sedang mengalami perwatakkan pentingkan diri. Memang bagus pada anak kecil dan ...

Rapatkan Hubungan Emosi Ibubapa Dan Anak

Rapatkan Hubungan Emosi Ibubapa Dan Anak: Antara cara tercepat nak bonding dengan anak adalah kita samakan emosi kita dengan emosi anak. + Anak senyum kita senyum + Anak ketawa k...

Himpunan Fakta Untuk Anak

Himpunan Fakta Untuk Anak: Jom para ibu bapa baca ya!

Tahap Demam Bayi Serius Atau Tidak

Tahap Demam Bayi Serius Atau Tidak: Bagaimana saya mahu tahu demam bayi saya dalam kategori serius? Dalam situasi ini, sebenarnya kelakuan bayi anda lebih perlu diambil perhatian

Kepentingan Sarapan Pagi Untuk Anak

Kepentingan Sarapan Pagi Untuk Anak: Kita semua tahu pengambilan sarapan di waktu pagi itu amat penting dalam rutin harian.Pengambilan sarapan sebenarnya membantu meningkatkan

Ringkasan Asal Usul Kismis

Ringkasan Asal Usul Kismis: Kismis berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar.  Akibat...

7 Penyakit Bawaan Udara Malaysia

7 Penyakit Bawaan Udara: AWAS PENYAKIT BAWAAN UDARA! Bila anak-anak terdedah kepada persekitaran luar atau di tempat tertutup seperti pusat jagaan dan sekolah.

Kesan Tidak Cukup Serat

 Antara cabaran besar kepada kita, para ibu adalah memastikan anak-anak memakan sayur setiap hari. Sayur ada serat. Baca di link ini ya Kesan Tidak Cukup Serat Pada Anak.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular