Tentang saya

Wednesday, 24 October 2012

kisah Ular dari Ustaz Amin



Assalamualaikum,



Hari ini ummi hendak berkongsi satu kisah berkenaan dengan ular. Ustaz amin membicarakan mengenai galakkan membunuh ular yang berbisa.

Baru ummi tahu yang jin boleh menyerupai ular dan dengan bantuan ularlah, syaitan boleh menyelip masuk ke syurga, selain itu juga yang diturunkan dari syurga adalah 4 iaitu Adam, Hawa, Syaitan dan Ular. Jom kita layan ceramah ustaz Amin berkenaan dengan kisah ular untuk faham dengan lebih mendalam.

P/S: Rasa-rasanya korang sempat tak suruh ular pergi sampai tiga kali. Ke kita yang cabut dulu..lari....lari..!!



Tuesday, 23 October 2012

Kisah semut Daripada Ceramah Ustaz Amin




Salam Semua,




Sekadar Berkongsi tentang Kisah Semut dari Ustaz Amin.


P/S: Klau ada semut gigit kita, kita ambil letak tempat selamat ke atau kasi mati terus..huhu..yang pilihan korang.....Ingat!! semut adalah satu masyarakat yang bertasbih...

Monday, 22 October 2012

Jenama MAYBANK kedudukan paling teratas untuk tahun 2012

Foto



Salam,

Gahnya nama MAYBANK, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mencapai kedudukan pertama tambahan lagi dalam dunia serba persiangan.  

“5 P” adalah faktor yang penting dalam perniagaan.
-Place (Tempat)
-Price (Harga)
-People(Orang)
-Product( Produk)
-Promotion ( Pemasaran)

Selain itu memahami maksud  Keusahawan juga adalah penting. Keusahawaan sabagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan menguruskan perniagaan untuk mencapai objektif yang di hajati.

Mengikut Yep Putih (1989), Keusahawan di katakan sebagai satu kebolehan, kemampuan dan kecenderungan untuk perkara –perkara berikut:-
-mengenal pasti peluang perniagaan
-mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai
-mendapatkan kejayaan melalui usaha-isaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai
-mendapat kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat
-Mengambil risiko yang telah di perhitungkan
-mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebaikkan social
-sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh memningkatkan daya pengeluaran dari semasa ke samasa

Hal ini boleh di sokong dalam Anugerah MMVB 2012, ucapan Muhyiddin dalam teks ucapannya yang dibacakan Mukhriz berkata, Jenama perlu berfungsi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Justeru, firma pengiklanan dan pemasaran perlu menggalakkan kebebasan kreativiti bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang sehingga mencapai tahap yang mana produk dan perkhidmatan kita diterima di seluruh dunia,” katanya. 

Presiden 4As, Tony Savarimuthu juga berkata sememangnya tidak dapat dinafikan jenama juga adalah sebahagian daripada entiti komersial. apa yang lebih penting ia juga adalah pendorong kepada perubahan positif dalam masyarakat."Jenama hanya boleh dinilai jika pemimpin yang menerajuinya mempunyai nilai sebenar. Ia adalah resipi baru bagi pertumbuhan dan membezakan sesuatu jenama pada masa kini," Penilaiannya adalah berasaskan kepada tiga komponen utama, iaitu prestasi kewangan, peranan jenama serta kekukuhan jenama.

Pemimpin atau usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang di mulakan oleh orang lain juga di kenali sebagai usahawan.  Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seorang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri

p/s: Tahniah kepada maybank..hehe..ummi salah satu pelanggan maybank juga.

Thursday, 18 October 2012

Tepuk Dada Tanyalah Hati


Salam 1 malaysia,

Hari ini ummi telah habiskan satu buku bertajuk "Keanehan dan Keajaiban Hati" yang di tulis oleh Abu Hikmat Al-Husni dan di terbitkan dari Darul Nu'man. Ummi amat bersetuju dengan pengarang yang mengatakan bahawa wajib setiap orang memelihara kesucian hatinya kerana hati punca segala sesuatu.



Kita mesti sinonim dengan perkataan yang berbunyi tepuk dada tanyalah hati. Gerak hati seorang adalah kayu pengukur kepada satu perkara yang dilakukan adalah betul atau salah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ummi sendiri, di mana ummi terpaksa membuat keputusan, selalunya ummi berfikir dan mengikut gerak hati. Jika gerak hati ummi mengatakan yakin betul dan ummi akan teruskan dengan keputusan betul itu dan jika sebaliknya, terus ummi tinggalkan.

Pengarang ada menyentuh tentang '"Fatwa dari Hati". Ketika Wailah bin Al-Asqa berkata kepada Rasulullah: Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya kepada seseorang sesudah engkau."Maka Rasulullah berkata kepadanya: "Mintalah fatwa dari diri engkau sendiri". Kataku:"Bagaimana yang demikian?" Rasulullah menjawab:"Engkau tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau, sekalianpun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang berfatwa." kataku lagi ."Bagaimanakah yang demikian? Jawab Nabi."Letakkan tangan engkau ke atas hati engkau (bagaimanakah keadaan  perasaannya). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada tenang kepada perkara yang haram.  

Secara ringkasnya tanyalah hati, jika hati berkata ia meragukan cepat-cepat tinggalkannya, kalau tidak hati seorang tidak  tenteram dan gusar, bak kata Ibn Mas'ud:' dosa itu menggongcangkan hati.

Hati kita adalah raja kepada semua anggota badan. Jika  baik hati maka baiklah segala tindak tanduk kita. Hati yang sihat akan melahirkan keimanan dan keyakinan, kerana iman yang lurus lahir dari hati yang yang lurus kemudian menggerakan alam yang baik. 

Hati orang yang beriman bersih bagaikan cermin memancarkan sinar kebenaran, namun hati orang yang ingkar di dalamnya ada penyakit dan noda-noda hitam hanya dengan bertaubat penyakit hati dapat di ubati.
Buangkanlah penyakit hati seperti dengki, rakus dan sombong tetapi penuhilah dengan rendah diri, ilmu yang baik dan bersyukurlah.

P/S: Hati walaupun seketul daging, tetapi hati memegang peranan penting dalam menggerak, memberhentikan atau mencederakan perbuatan.Tepuklah dada, tanyalah hati.



Monday, 15 October 2012

Kegagalan, Kemenangan dan Semangat Baru



Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal, ia bermakna saya bukan lagi berjaya
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa, ia bermakna saya  telah mempelajari  banyak perkara
Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan, ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk terus mencuba yang baru
Kegagalan bukan bermakna saya telah di aibkan, ia bemakna saya berani meneroka sesuatu yang baru
Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa- apa kejayaan, ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain
Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar, ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna
Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya, ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan yang baru
Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah, ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi
Kegagalan bukan bermaka saya tidak mungkin akan berjaya, ia bermakna saya perlu banyak bersabar

Banyak yang ummi boleh ambil daripada kata-kata dari kegagalan dan kemenangan. Ianya menjadi satu semangat buat ummi dan ummi akan jadikan sebagai pedoman untuk ummi dan rakan-rakan yang lain. Semoga kita dapat menjadi seorang yang mukmin yang sejati.

P/S: Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa

Monday, 8 October 2012

kurus cantik ataupun kurus sakit yang mana pilihan anda


Bagi pendapat kawan-kawan, yang manakah anda lagi suka? kurus cantik atau kurus sakit. Bagi ummi, mestilah kurus cantik dan sihat. Siapa yang tidak hendak cantik, semua orang hendak cantik tetapi cantik itu subjektif ianya bergantung pada seseorang.


Bagaimana hendak kurus cantik?

1. Buat latihan senaman secara konsistan.
Senaman adalah faktor utama dalam mendapat bentuk badan yang cantik, tetapi senaman yang bagaimana? Senaman yang mudah tetapi konsistan dalam melakukannya. Sebagai contoh, bangun pagi, gerakkan tangan  dan kaki hanya untuk 5 minit. Apabila sudah rasa selesa tempoh masa lima 5 minit setiap pagi dan bertukarlah kepada tempoh 15 minit. Lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kebiasaannya, dan untuk hari-hari seterusnya, jika anda tertinggal untuk bersenam satu hari pun anda rasa janggal. Ingat dengan bersenam cara konsistan dapat membakar lebih banyak kalori.

2. Makan makanan seimbang.
Masih ingat lagi dengan Piramid Makanan. Ikutilah piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan. Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:-
Aras pertama – nasi, roti, mi, bijirin dan ubi dalam (8-12 hidangan)
Aras kedua – sayur-sayuran dan buah-buahan ( 3-5 hidangan)
Aras ketiga – ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu (2-3 hidangan) dan produk tenusu (1-2 hidangan)
Aras keempat – lemak, minyak, gula dan garam (dalam kuantiti yang sedikit)

3. Saiz pengambilan makanan.
Ramai yang tidak sedar termasuklah juga ummi, kita mestilah mengambil saiz makanan yang bersuaian dengan diri kita. Makanlah ketika lapar dan hentilah sebelum kenyang, bukan kenyang sangat-sangat baru hendak berhenti.

4. Ambil juga makanan tambahan
Jika kita mengikut piramid makanan yang syorkan, maka tidak perlulah ambil makanan tambahan, tetapi kebanyakkan pemakanan yang kita ambil tidak mengikut aras piramid, jadi makanan tambahan amatlah diperlukan sebagai ganti, contoh paling mudah ambil vitamin C.

Bagaimana hendak kurus sakit?

1. Diet yang terlampau.
Diet yang terlampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ada segelintir kawan-kawan yang diet terlampau, sampai tidak makan nasi untuk berbulan-bulan sebabkan hendak kurus. Namun kesannya anda akan rasa cepat penat, pengsan, dan tidak bermaya.

2. Emosi tertekan (stress).
Emosi tertekan juga merupakan salah satu punca sakit. Emosi tertekan akan wujud bila-bila masa sahaja, sambil memandu kereta pun tertekan, sambil makan pun tertekan, malah persaingan untuk jadi yang terbaik juga merupakan satu tekanan. Setiap kali kita mengalami tekanan emosi, kadar kortisol dalam badan akan meningkat. Kortisol berfungsi membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab pengumpulkan lemak di bahagian perut. Selain itu juga, melemahkan sistem immunisasi seterusnya mudah untuk mendapat penyakit. Jadi elakkan emosi tertekan dengan bersyukurlah dan memperbaiki dengan apa yang dapat.

3. Ubat-ubatan kurus yang memudaratkan.
Ambillah ubat-ubatan yang di jamin oleh JAKIM, jangan di sebabkan murah dan cepat kurus, terus beli tanpa fikir dan kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk.


P/S: Selain itu banyakkan minum air. Samalah dengan ummi, minum 8 gelas satu hari!

P/S/S: Rujukkan ini di ambil dari website: slim2.org dan intim.wordpress.com.

Saturday, 6 October 2012

Tip rehatkan mata anda dengan cara mudah


Salam semua dan jom rehatkan mata anda!

Di dalam dunia yang serba teknologi dan dunia seorang kerjaya, komputer, laptop atau sebagainya merupakan satu kemestian. Bagi ummi, mengadap komputer atau laptop merupakan satu kemestian dalam menyiapkan tugas. 

Ini pokok hiasan atas meja ummi, simple!
Namun terfikirkah bahawa mata merupakan salah satu pancaindera yang terpenting dan tanpanya gelaplah dunia ini dan adakah kita terfikir, mata juga memerlukan rehat yang secukupnya. 

Mari pinjamkan mata dan masa anda untuk kita kongsi tip rehatkan mata dengan cara mudah.

1) Apabila terlalu lama fokus terhadap skrin komputer menyebabkan mata kita akan menjadi penat untuk mengelakkan mata kita penat adalah dengan alihkan mata kita ke tempat lain selama 5 minit-10 minit. 
Sebagai contoh, 30 minit mata kita di skrin komputer dan selangkan 5 minit or 10 minit kefokusan mata anda di tempat lain.Ulang langkah tersebut.

2) Dalam masa selang 5 minit hingga 10 minit itu, lihatlah sesuatu yang berwarna hijau, hidupan atau aktiviti yang kita suka.
Contohnya melihat pokok hiasan dekat luar tingkap, ataupun membela ikan hiasan di meja.

3) atau sambil- sambil itu, buatlah latihan mata, dengan mengerakkan mata ke kiri ke kanan atau pejam celik.

4) Selain itu, tip nombor 4 ini lebih kepada kedudukan skrin komputer dan kerusi.

 a) Skrin komputer: Dongakkan skrin komputer anda selari dengan mata anda. Dari perhatian ummi, kebanyakkan pengguna yang menggunakan komputer, keadaan skrin komputer adalah dalam keadaan yang menunduk ke bawah. Ini adalah tidak sesuai kerana kefokusan mata adalah pada skrin yang menunduk kebawah. Hal ini menyebabkan anda akan mengalami sakit tengkok. 

 b) Kerusi: Pilihlah kerusi yang bersuai dengan anda kerana berlalu lama duduk menyebabkan sakit belakang. Jadi rajin-rajinlah buat latihan senaman badan yang senang tetapi konsistan.


p/s: Ummi selalu buat begitu supaya ummi tidak payah pakai cermin mata dan terbukti belakang dan tengkok ummi tidak sakit, alhamdullilah!. Cuba anda lakukan, alhamdulillah mata akan lebih segar dari biasa. Cubalah anda akan tahu perbezaannya?

p/s/s: Semua tips di atas adalah pengalaman dan nasihat dari doktor ummi semata-semata.

Friday, 5 October 2012

gembira sakit bahagia adalah rona kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Hidup ini sekejap sahaja, sedih, gembira, sakit, bahagia adalah rona kehidupan. Kongsi dan hargailah setiap detik kehidupan dengan orang yang tersayang dan nikmatilah kerana 

ketika kita sedih
ketika itulah kita mengerti
nikmat sebuah kebahagian

ketika kita gembira dengan air mata
ketika itulah kita memahami
makna sebuah perkongsian

ketika kita sakit
ketika itulah kita merasai
nikmatnya sebuah kesihatan

ketika kita sunyi tanpa teman
ketika itulah baru kita tahu
betapa berharganya sebuah persahabatan

dan 

ketika kita menutup mata untuk selamanya
ketika itulah kita tahu 
nikmatnya sebuah kehidupan

Kutiplah rona kehidupan yang ada ini untuk kebaikkan dan pahala kerana objektif kita semua adalah di alam satu lagi, alam yang berkekalan. Marilah kita hayati makna kehidupan masing-masing sejenap, pejam mata ambil masa sesaat untuk bertafakur dan berfikirlah. Berfikirlah kenapa, dimana, mengapa, bagaimana dan siapa supaya hidup kita lebih bermakna dari hari ke hari.

Jadikan iktibar untuk masa lalu dan bertindaklah mulai saat ini.