Thursday, 18 October 2012

Tepuk Dada Tanyalah Hati


Hari ini ummi telah habiskan satu buku bertajuk "Keanehan dan Keajaiban Hati" yang di tulis oleh Abu Hikmat Al-Husni dan di terbitkan dari Darul Nu'man. Ummi amat bersetuju dengan pengarang yang mengatakan bahawa wajib setiap orang memelihara kesucian hatinya kerana hati punca segala sesuatu.



Kita mesti sinonim dengan perkataan yang berbunyi tepuk dada tanyalah hati. Gerak hati seorang adalah kayu pengukur kepada satu perkara yang dilakukan adalah betul atau salah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ummi sendiri, di mana ummi terpaksa membuat keputusan, selalunya ummi berfikir dan mengikut gerak hati. Jika gerak hati ummi mengatakan yakin betul dan ummi akan teruskan dengan keputusan betul itu dan jika sebaliknya, terus ummi tinggalkan.

Pengarang ada menyentuh tentang '"Fatwa dari Hati". Ketika Wailah bin Al-Asqa berkata kepada Rasulullah: Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya kepada seseorang sesudah engkau."Maka Rasulullah berkata kepadanya: "Mintalah fatwa dari diri engkau sendiri". Kataku:"Bagaimana yang demikian?" Rasulullah menjawab:"Engkau tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau, sekalianpun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang berfatwa." kataku lagi ."Bagaimanakah yang demikian? Jawab Nabi."Letakkan tangan engkau ke atas hati engkau (bagaimanakah keadaan  perasaannya). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada tenang kepada perkara yang haram.  

Secara ringkasnya tanyalah hati, jika hati berkata ia meragukan cepat-cepat tinggalkannya, kalau tidak hati seorang tidak  tenteram dan gusar, bak kata Ibn Mas'ud:' dosa itu menggongcangkan hati.

Hati kita adalah raja kepada semua anggota badan. Jika  baik hati maka baiklah segala tindak tanduk kita. Hati yang sihat akan melahirkan keimanan dan keyakinan, kerana iman yang lurus lahir dari hati yang yang lurus kemudian menggerakan alam yang baik. 

Hati orang yang beriman bersih bagaikan cermin memancarkan sinar kebenaran, namun hati orang yang ingkar di dalamnya ada penyakit dan noda-noda hitam hanya dengan bertaubat penyakit hati dapat di ubati.

Buangkanlah penyakit hati seperti dengki, rakus dan sombong tetapi penuhilah dengan rendah diri, ilmu yang baik dan bersyukurlah.

P/S: Hati walaupun seketul daging, tetapi hati memegang peranan penting dalam menggerak, memberhentikan atau mencederakan perbuatan.Tepuklah dada, tanyalah hati.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular