Showing posts with label Tip Masak. Show all posts
Showing posts with label Tip Masak. Show all posts

Monday, 27 January 2020

Roti Karipap Sardin Ringkas

Roti Karipap Sardin Ringkas
Bahan
1. Sardin
2. Bawang putih ketuk
3. Roti
Cara cara
1. Tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan sardin.
2. Sambil sambil tunggu kuah likat, hancurkan ikan sardin dan gelekkan roti untuk nipiskan.
3. Letakkan sardin.
4. Untuk lekatkan bahagian tepi, Kak Chah guna air sahaja.
5. Untuk cantik, bahagian tepi. Guna garpu.
6. Goreng dan siap!
Mak aiiihh, tak sampai 15 minit sudah siap. Boleh #SHARE tau, ringkas sahaja.










Friday, 1 March 2019

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal

7 Sunnah Hebat Oleh Ustaz Don Daniyal ini. Yang ini Kak Chah copy paste ya. Tetapi sangat berharga untuk di kongsi dengan semua.

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Jom share ya

Friday, 25 January 2019

Jenis Nanas



Alhamdulillah rezeki orang bagi, uitt nanas pun ada banyak jenis tau.

Moris, Sarawak, Maspine, Josapine, Gajah dan Madu.


Yang Kak Chah dapat ni Yankee & Betik. Korang suka jenis mana.



Thursday, 21 September 2017

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji Versi Kak Chah.

Niat nak masak bihun goreng. Tengok tengok pes cili sudah habis. Nampaknya kena buat lagi Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji. 

Meh, Kita tengok cara caranya ya.

1. Potong Cili - Kalau Kak Chah suka gunakan gunting untuk potong cili. Lagi senang, cepat dan mudah. Cara potong cili mestilah potong tengah supay senang terlerai biji cili.



2. Gongcang - Apabila habis potong cili, masukkan ke dalam bekas tertutup untuk goncang. Teknik gongcangan ini adalah teknik yang terpantas untuk asingkan biji cili. 



3. Ulang Gongcangan -  tengok hasilnya. banyak kan biji terhasil dari gongcangan.


4. Rebus - Langkah ke-4 adalah rebus cili tersebut. Tujuan rebusan supaya senang nak blend dan juga hendak kurangkan rasa pedas cili tersebut.



5. Tos - Then, toskan. tengok sudah tidak bijinya.



6. Blend - Apa lagi, blend lah.



7. Asingkan ke Dalam Bekas - Tunggu sejuk dan asingkan ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti ais. Insha Allah, boleh guna untuk lebih 10 masakan dengan pes cili homemade jimat tanpa biji.



Aisyah Hamid
Tip Simple dan Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
019 - 366 7907

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular