Monday 6 November 2017

Doa Ibu Bapa Kepada Anak Sedang Hadapi Peperiksaan

Sempena hari ini adalah hari pertama ujian peperiksaan untuk SPM, suka Kak Chah kongsikan doa daripada ibu bapa kepada anak anak yang sedang menghadapi peperiksaan. 

Doa ini Kak Chah dapat daripada Ustazah Waqqas. Ustazah tersebutkan forward kepada Kak Chah, kenapa tidak Kak Chah kongsikan dengan korang kan. Kekuatannya dari Asmaul Husna, bacalah zikir ini sepanjang anak sedang hadapi peperiksaan.

Langkah pertama - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Alim Ya Hakim
  3. Ya Roshid - 40 kali
  4. Bicara hati: Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik - 1 kali

Langkah dua - baca
  1. Allahumma -1 kali
  2. Ya Zohir - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan - 1 kali

Langkah tiga - baca
  1.  Allahumma - 1 kali
  2. Ya Fatah - 40 kali
  3. Bicara hati: Ya Allah, bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul - 1 kali

Langkah empat - baca
  1. Allahumma - 1 kali
  2. Ya Baari' - 40 kali
  3. Bicara hati:Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini

Langkah lima - baca
  1. Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi
  2. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah. aku tiada daya - 1 kali
  3. Ulang dan ulang.

Langkah enam - Jika anak exam 1 jam 
  1. zikirlah.
  2. Bayangkan anak anak sedang menjawab dengan betul dan senyum.
  3. Pastikan anak anak berwuduk semasa ke skolah. Kalau batal tidak apa apa.
  4. Ibu bapa kena istighfar juga sepanjang peperiksaan tersebut.
Daripada Ustazah Norhafizah Musa, kekuatan Asma ul Husna. 




Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular