Sunday, 29 January 2017

Jatuh Cinta Dengan Qaseh Gold


Assalamualaikum.

Jatuh Cinta dengan Qaseh Gold.

Hari ini ummi memilih topik Qaseh Gold Junior, produk makanan sunnah yang mengandungi 15 ramuan makanan sunnah. Ummi ingin berkongsi bagaimana ummi dan sekeluarga boleh terjebak dengan qaseh gold sebagai makanan tambahanan untuk kami sekeluarga.

Ianya bermula dengan anak nombor 2 selalu batuk, wafiyyah namanya, dimana batuknya tidak berhenti hampir 8 bulan. Ubat dan klinik memang menjadi rumah kedua. Kami juga pergi ikhtiar dengan perubatan lain contohnya terapi, jumpa tabib, berubat secara kampung dan bermacam-macam tip telah cuba. Semuanya tidak berjaya, sehingga doktor telah mengesahkan wafiyyah mempunyai asma. Alangkah sedihnya kami sekeluarga kerana ummi dan suami tidak mempunyai generasi asma.

Selama 8 bulan hidup tidak  menentu, pantang orang bagitahu tempat berubat, kami sekeluarga akan pergi. Sampaikan wafiyyah trauma bila melihat ubat. Takut sangat bila hendak makan ubat. Masalah yang dihadapi semasa batuk wafiyyah tidak berhenti adalah seperti berikut:-

1. Kewangan kerana kos ubat-ubatan
2. Badan keletihan kerana tidur tidak teratur
3. Emosi terganggu kerana risau akan kesihatannya
4. Wafiyyah takut ubat kerana selalu makan ubat

Akhirnya, ummi jumpa penawar makanan sunnah Qaseh Gold Junior dan ummi tertarik dengan produk Ana Eda kerana produk muslim keluaran Malaysia sejak 1983.

Antara sebab utama ummi jatuh cinta dengan Qaseh Gold Junior adalah faktor rasa yang sangat sedap, manis buah kurma & madu dan mempunyai bahan utama seperti berikut:-

·   Kurma, madu dan buah tiin, zaitun, delima
·   Air Zam Zam
·   Habbatus sauda'
·   Za'faran 
·   Arabic gum

Dari sebotol ke sebotol ummi membeli Qaseh Gold Junior kerana ummi sudah nampak perubahan yang dialamai oleh wafiyyah. Kini wafiyyah pulih sepenuhnya. Bermula dengan wafiyyah, ummi bagi juga beri kepada waqqas, malah ummi & suami juga mengamalkan qaseh gold.

Kami sudah jatuh cinta dengan Qaseh Gold Junior, dimana  anak-anak dan suami tidak perlu diingatkan lagi untuk minum Qaseh Gold kerana mereka sudah rasa keberkesannya.






Saturday, 28 January 2017

Tip bila gaji sudah masuk ke akaun anda.


Tip bila gaji sudah masuk ke akaun anda.

Tahun 2017 ialah tahun yang mencabar dimana ekonomi Malaysia tidak stabil dan kesannya kepada kita semua. Semua barang-barang sudah meningkat naik dan ramai antara kita berkeluh kesah.

Sebelum ummi memulakan tip bila gaji sudah masuk ke akaun anda. Ummi ingin sentuh berkenaan dengan "Matlamat Hidup". Anda sudah tetapkan matlamat anda untuk tahun 2017?. Seharusnya matlamat mestilah di tulis dan boleh dikira.

Ada kajian saintifik menyatakan bahawa apabila anda menulis matlamat anda. Neurologi (otak) dan Fisiologi (tubuh) akan bertindakbalas dengan matlamat anda.

Contoh matlamat ummi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut:-
a)      Hendak mempunyai simpanan RM10,000.00
b)     Hendak bagi kepada Emak dan Ayah RM1,800.00
c)      Hendak naikkan sale QASEH GOLD kepada RM72,000.00
d)     Hendak Khatam Al-Quran

Nampak macam susahkan bila tengok nambor-nambor di atas, tetapi apabila dipecahkan kepada setiap bulan, nambor di atas akan mengecil. Contohnya Ummi ambil matlamat hendak mempunyai simpanan RM10,000.00 dan ummi akan membahagikan kepada 12 bulan. Jadinya, setiap bulan ummi akan mesti simpan rm834.00 sebulan. Kalau rasa tidak boleh lagi kecilkan lagi minggu atau hari.

Matlamat biarlah realistik. Contohnya gaji rm1,500.00 dan sudah berkeluarga, maka turunkanlah simpanan anda kepada RM2,000.00 setahun.

Bila sudah senaraikan matlamat anda. Maka, anda haruslah buat 4 tip bila gaji sudah masuk.

1) Niat
Niat penting untuk kita berjanji pada diri sendiri yang akan buat seperti matlamat di atas contohnya. Inshaa Allah dengan niat hati kita akan cekal dengan segala dugaan. Dugaan hendak shopping, dugaan dengan makanan mewah-mewah dan sebagainya.

2) Tabung
Tabung adalah simpanan akaun yang paling ampuh sekali. Hendak lagi tabung yang berkunci bagai, masuk duit memang tidak boleh keluar. Kalau hendak keluarkan juga maka kena pecahkan tabung itu. Seeloknya tetapkan nama tabung itu supaya anda boleh tahu tujuan duit tersebut.

3) Buat
Niat sudah ada, tabung sudah cantik tetapi dari sebulan ke sebulan tidak juga ada simpanan. Alih-alih bila sudah hujung tahun, buat matlamat lain ataupun sambung matlamat yang sama. Anda akan rasa nikmat kejayaan bila anda sudah capai matlamat yang anda tetapkan.

4) Disiplin dan konsistan
Buat sudah tetapi tidak disiplin dan konsisten. Disiplin dan konsistan juga elemen yang paling penting bila gaji sudah masuk. Jangan mencuri duit kita sendiri.

 Anda semua boleh dapat apa yang Ummi nyatakan. Mari buat sekarang.


Sunday, 15 January 2017

Qaseh Gold Di Hati

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Subhanallah sudah lama Aisyah tidak menulis blog.  Inshaa Allah azam 2017, hendak mantapkan lagi laman blog Ummi dengan memberikan informasi berguna pada anda.

Sekarang ini Aisyah adalah konsultan Qaseh Gold, produk keluaran Ana Edar Sdn Bhd. Qaseh Gold adalah produk Makanan Sunnah. Semua ramuan dalam makanan Sunnah dalam satu botol.

Kenapa Ummi memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan untuk kami sekeluarga?. 

1. Khasiat yang terbukti secara saintifik.
2. Termaktub dalam Al-Quran & Sunnah Nabi SAW.
3. Amalan pemakanan Nabi, para syuhada' & ulama'.



Ok, Jom stay dengan ummi ya.



SEDEKAH

Erti Simple Tentang Sedekah

Post Popular