Thursday 21 September 2017

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji Versi Kak Chah.

Niat nak masak bihun goreng. Tengok tengok pes cili sudah habis. Nampaknya kena buat lagi Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji. 

Meh, Kita tengok cara caranya ya.

1. Potong Cili - Kalau Kak Chah suka gunakan gunting untuk potong cili. Lagi senang, cepat dan mudah. Cara potong cili mestilah potong tengah supay senang terlerai biji cili.



2. Gongcang - Apabila habis potong cili, masukkan ke dalam bekas tertutup untuk goncang. Teknik gongcangan ini adalah teknik yang terpantas untuk asingkan biji cili. 



3. Ulang Gongcangan -  tengok hasilnya. banyak kan biji terhasil dari gongcangan.


4. Rebus - Langkah ke-4 adalah rebus cili tersebut. Tujuan rebusan supaya senang nak blend dan juga hendak kurangkan rasa pedas cili tersebut.



5. Tos - Then, toskan. tengok sudah tidak bijinya.



6. Blend - Apa lagi, blend lah.



7. Asingkan ke Dalam Bekas - Tunggu sejuk dan asingkan ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti ais. Insha Allah, boleh guna untuk lebih 10 masakan dengan pes cili homemade jimat tanpa biji.



Aisyah Hamid
Tip Simple dan Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
019 - 366 7907

Monday 18 September 2017

Erti Simple Tentang Sedekah

Erti simple atau ringkas tentang sedekah.

Dulu dulu selalu fikir sedekah adalah dalam bentuk duit. Alahai sempitnya dunia pemikiran Kak Chah kan.

Hakikat sebenar sedekah adalah luas, sedekah senyum, sedekah baju, makanan, sedekah like, komen share dekat facebook juga adalah sedekah.

Dulu dulu juga Kak Chah fikir, sedekah juga merugikan. Yea la, duit kita dah la singket, masih nak sedekah dekat orang lain lagi, kita nak makan pun tidak cukup. Inikan lagi nak bagi separuh hak kita pada orang lain. 

Rupanya Kak Chah naif, Kak Chah salah anggap selama ini. Sebaliknya, makin banyak kita sedekah makin banyak rezeki kita dapat. Topik seterusnya nanti Kak Chah cerita pasal konsep simple rezeki.

Maksud ringkas atau simple tentang sedekah yang Kak Chah ambik dari blog sedekahindahbarkah.blogspot.com adalah sesuatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan, sukarela tanpa dibatasi oleh waktu, jumlah. Ianya mengharapkan redha Allah SWT dan pahala semata mata.

Sedekah yang lebih utama adalah pada adik beradik atau sanak saudara terdekat sebelum diberikan pada orang luar. Selain itu, sedekah seeloknya diberikan pada orang yang memerlukan atau mendambarkan sedekah tersebut dan perlulah dalam kualiti yang baik.

Persepsi Kak Chah berubah apabila berjaya habiskan buku bertajuk "menjemput rezeki". Best buku tu, memang Kak Chah sarankan korang baca. Selepas baca Kak Chah praktikkan, Alhamdulillah rezeki mencurah curah selepas itu. Kak Chah kongsikan erti simple tentang sedekah yang Kak Chah rasa. Korang cuba dulu, baru rasa kehebatannya.

Erti simple tentang sedekah yang Kak Chah rasa adalah:-

1. Tenang - rasa tenang apabila bersedekah. Rasa semakin gembira membuak buak dan makin teruja hendak sedekah lagi.

2. Hati tidak sakiti - Apabila niat hendak bersedekah, kita tidak mengharapkan balasan dari orang lain, automatik hati kita tidak sakit. Biar Allah SWT menentukan balasannya tepat pada masanya. Dimana, bagaimana dan bila itu terserah pada yang Esa.

3. Rezeki sentiasa cukup - Kekadang bila akhir bulan, duit suami tinggal beberapa puluh aje. nak masuk gaji 3 hari lagi. Lauk dalam peti ais sudah tidak ada. Entah dimana kekuatannya, kami sekeluarga sentiasa rasa cukup, tiada gundah gulana. Tiada lauk best, tidak apa apa, makan telur pun sudah ok. Anak anak pun suka.

Korang cuba amalkan dulu ya, baru korang tahu nikmat bersedekah. Nak tunggu kaya baru bersedekah, memang korang selamanya tidak akan bersedekah. Harta yang sedikit pun korang tidak boleh hendak kongsi, inikan lagi harta yang menimbun. 


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Simple & Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Makanan Sunnah Qaseh Gold

Monday 11 September 2017

Tip Pantas Bershopping

TIP PANTAS BERSHOPPING DENGAN ANAK KECIL 

Ini yang kak chah amalkan sejak ada anak 3 kalau bershopping. Almaklumlah, kak chah tak ada maid, anak-anak sedang aktif pulak tu. Kejar anak, berlari sana berlari sini kat shopping mall perkara biasa.

Kita pun nak juga bershopping macam bujang bujang dulu, nak cari barang untuk diri sendiri. Nak rasa "me time" ketika bershopping.

Tip kak chah bershopping:-

1) Pastikan barang apa nak beli awal-awal lagi, sebelum keluar rumah.
Contohnya beli seluar, kita dah imaging nak seluar macamne. Dari segi design, warna dan kedai mana.

2) Sampai je, cari kedai makan. Kedai makan yang ada tempat mainan. Biasanya kami lepak KFC lah.
Letak anak kat situ biar diorang bermain dan bagi husband jaga atau isteri jaga. Kita cepat cepat g shopping.

3) Limit kan masa. Contohnya kak Chah ambik masa satu atau setengah jam untuk beli seluar.

4) Terus pergi ke targeted kedai. Terus tanya staff kedai, saya nak seluar sekian sekian.


Korang rasa sesuai dengan korang. Boleh la share.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular