Wednesday 17 January 2018

Beza Simptom Selsema dan Resdung

Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)
Gambar: Google

Hidung berfungsi sebagai deria bau dan organ pernafasan, hidung juga berfungsi untuk menapis udara dan melindungi badan dari jangkitan kuman melalui mukus (hingus).

Mukus mengandungi enzim dan antibodi yang dapat membunuh kebanyakan kuman. Ia akan memerangkap kuman dan seterusnya akan dialirkan ke belakang hidung /tekak dan seterusnya dikeluarkan sebagai kahak.

1. Resdung

Dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom ringkas tentang resdung ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

2. Selsema

Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom ringkas tentang selsema ialah:
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakik tekak


Ada simptom simptom seperti diatas ke. Meh komen ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM




Wednesday 10 January 2018

Fakta Tentang Resdung

Sumber Gambar: Google

Fakta tentang resdung ini Kak Chah ambil daripada Utusan Melayu (M) berhad dan wikipedia.org. Jom kita tengok fakta ini ya.

  1. Ujian telah dibuat untuk penyakit resdung kepada 10 orang, ujian tersebut mendapati lapan daripadanya mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak memerlukan rawatan.
  2. Di anggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk mengalami masalah resdung.
  3. Daripada jumlah "60 hingga 65 peratus" kurang 50% mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa.
  4. Wanita lebih kerap terjejas berbanding lelaki.




Jom share post pada kawan kawan, kita beri kesedaran tentang resdung. Jangan pandang mudah ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM


SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular