Wednesday 17 January 2018

Beza Simptom Selsema dan Resdung

Sumber: doktorbudak.com (answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)
Gambar: Google

Hidung berfungsi sebagai deria bau dan organ pernafasan, hidung juga berfungsi untuk menapis udara dan melindungi badan dari jangkitan kuman melalui mukus (hingus).

Mukus mengandungi enzim dan antibodi yang dapat membunuh kebanyakan kuman. Ia akan memerangkap kuman dan seterusnya akan dialirkan ke belakang hidung /tekak dan seterusnya dikeluarkan sebagai kahak.

1. Resdung

Dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom ringkas tentang resdung ialah:
  • Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  • Hidung yang tersumbat
  • Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  • Demam.
  • Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

2. Selsema

Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom ringkas tentang selsema ialah:
  • Demam
  • Hidung berhingus
  • Batuk
  • Sakik tekak


Ada simptom simptom seperti diatas ke. Meh komen ya.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM




No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular