Thursday 6 December 2012

Adab dalam menuntut Ilmu


Menuntut ilmu memang tidak pernah habis dan merupakan satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Menuntut ilmu juga memerlukan semangat yang wajar dan kental mengharungi cabaran. Kenapa ummi kata begitu sebab ummi sendiri tewas dalam menuntut ilmu, di permulaan memang rasa bersemangat hendak belajar  tapi bila pertengahan atau hujung dah mula luntur semangat. kekangan masa dan masalah persekitaran juga merupakan satu cabaran dalam menuntut ilmu. 

Bagi pandangan ummi, mencari ilmu memerlukan kerja keras serta pengorbanan dalam usaha mencarinya dan proses mencari ilmu tidak akan boleh terlaksana jika motivasi dalam menuntut ilmu itu tidak ada. 

Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa memperbaharui semangat, bermotivasi dan   perlu mencurahkan segala usaha lebih untuk mendapatkan ilmu. Semoga semua pencari ilmu mendapat semangat yang baru setiap hari untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Ingatlah semoga ilmu yang kita perolehi itu dapat menambahkan lagi keberkatan dalam hidup kita.

Jom kita praktikkan adab dalam menuntut ilmu. Mudah-mudahan ianya memberikan manfaat  kepada kita semua.


Adab dalam menuntut Ilmu:

1. Niat Yang Ikhlas 
2. Beradab Dengan Orang Yang Memberi Ilmu
3. Bersabar Menuntut Ilmu 
4. Menulis Setiap Perkara Yang Dipelajari
5. Rendah Diri
6. Jauhi Kenyang Yang Berlebihan
7. Tidur Yang Sedikit
8. Kurangkan Kata-Kata Yang Tidak Bermanfaat
9. Tekun Dan Memberi Tumpuan Sepenuhnya
10. Berkongsi Ilmu 


DAN DIBAWAH ADALAH TIP YANG UMMI AMBIL DARIPADA BERITA HARIAN

Beberapa tip yang diajar ulama dalam menuntut ilmu ialah:

1. Motivasi untuk ikhlas.

Segala amal perbuatan terletak dari niat itu sendiri dan ia cukup bermakna jika niat
itu hanya kerana Allah.
 
2. Belajar dengan sebaik-baiknya. 
Selepas niat kerana Allah, lakukanlah usaha sebaik mungkin dengan rajin, 
tekun dan berdisiplin dalam belajar.

3. Memanfaatkan hasil usaha dengan tepat.

Itulah antara unsur untuk mendapatkan keberkatan dalam belajar. Bermula dari 
niat yang betul kemudian berusaha dengan penuh kesabaran hingga berjaya 
meraih kejayaan.

Manfaatkanlah ilmu itu untuk kepentingan masyarakat dan umat bukan untuk 

menjualnya dengan harta kebendaan. Itulah perkara paling asas dalam belajar.

Kesedaran itulah dimiliki generasi salaf dalam menuntut ilmu sehingga 

mereka berjaya menguasai ilmu serta berkongsi dengan masyarakat kemudian 
mewarisinya sehingga kini.
 
Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/05



Tuesday 4 December 2012

3 Keperitan Dalam Mencari Ilmu

..Assalamualaikum...

gegege....semangat!..semangat!

 

"Hari ini ummi hendak berkongsi tentang mencari ilmu lagi. Ummi ada terbaca dari blog ustaz amin berkenaan dengan 3 keperitan dalam mencari ilmu. sekadar berkongsi!...Tetapi ummi salin sebijik (copy and paste)."  =)


3 Keperitan Yang Perlu Di Lalui Oleh Seorang Pelajar

3 November 2012, saya merasmikan ihtifal Maahad Sains al-Quran al-Amin, sekolah tahfiz yang saya kelolakan. Pada kesempatan kali ini, anak-anak murid saya dan juga ibu ayah mereka ada. Kami mulakan program dengan bacaan doa dan al-Quran.

Kemudian saya membawakan 3 keperitan yang perlu dilalui oleh seorang pelajar dan ia merupakan satu sunnatullah.

3 Keperitan itu ialah : 

a) Keperitan ilmu
b) Keperitan majlis ilmu 
c) Keperitan bersama guru. 

Memang, Nabi SAW juga melalui proses yang sama di dalam baginda menerima wahyu. Orang hebat seperti Imam Syafie dan Salahuddin al-Ayubi juga melalui proses yang sama. Jadi, seorang yang ingin menjadi orang hebat perlu melalui proses yang sama. 

"Ia ibarat ingin melahirkan roti canai yang sedap dan baik, ia perlu diuli, dibanting, ditepuk, dilambung, dibakar. Barulah ia menjadi roti canai yang sedap dan enak."

Kalau seguni tepung tidak mahu melalui proses tadi, hanya diletakkan di lantai tidak disentuh dan diproses maka, ia hanya akan tetap seguni tepung yang lama kelamaan akan menjadi rosak dan busuk.

Mari sama-sama kita kongsikan ilmu yang kita ada, semoga memberi manfaat.

P/S: Daripada ustaz Amin: "Ilmu Asas Amal"



Monday 3 December 2012

3 Mata Yang Tidak Dijilat Api Neraka



Assalamualaikum.


3 mata yang tak dijilat api neraka

1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2. Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
3. Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.

Image from google


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday 26 November 2012

Nilai Ilmu Atau Nilai Harta




Sewaktu pemerintahan Sayyidina Ali, golongan Al-Khawarij telah cuba menjatuhkan Sayyidina Ali dari segi keilmuan. Maka kerana itu ada sepuluh orang pemimpin Khawarij telah bertemu dengan Sayyidina Ali. 

Sepuluh orang menanyakan satu soalan, mana lebih utama, ilmu atau harta? Kalau betul Sayyidina Ali orang yang bijak, mereka mengharapkan sepuluh jawapan yang berbeza.


Sayyidina Ali sememangnya seorang ahli ilmuan sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri mengatakan bahawa “Rasul itu gedung ilmu dan Ali kuncinya”. Sayyidina Ali dengan spontan menjawab kepada sepuluh soalan yang sama dengan sepuluh jawapan yang berbeza. 

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya. 

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. 

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. 

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia. 

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian. 

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak. 

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan. 

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati. 

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah. 

P/S: Nilai mana yang berharga? Ilmu lebih berharga daripada harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. 

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Thursday 22 November 2012

Ragam Perasaan dan Penyelesaian



Ragam Perasaan dan Penyelesaian. Jom kita amalkan!!




                Jika Kita Marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
           Jika Kita Bingung - KLIK doa agar tenang hati.
           Jika Kita Di Puji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
           Jika Kita Gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
           Jika Kita Kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
           Jika Kita Bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
           Jika Kita Berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
           Jika Kita Berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
           Jika Kita Berbohong - BACKSPACE kata2 untuk memperbetulkan keadaan.
           Jika Kita Buat Maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha.


 ✔ Jom sebarkan, Rugilah kalau tidak sebarkan sebab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH :)

  ~ Ustaz Don Daniyal

Wednesday 21 November 2012

Pokok Gharqad (pokok yahudi)

Baru ummi tahu rupanya ada pokok yahudi, jom sama-sama kita teroka rahsia pokok yahudi dan kepentingan kepada orang-orang yahudi.

Menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. 

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. 

Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


P/S: Untuk lebih terperinci KLIK.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday 7 November 2012

Bersyukurlah



kita tidak akan mampu mendapatkan 
apa yang kita inginkan
sekiranya kita asyik berkeluh kesah
dengan apa yang telah kita miliki

kadang kala juga kita perlu mengalami
pahit getirnya sebuah kehidupan
untuk memahami nilai manisnya
sebuah kehidupan


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday 1 November 2012

Rahsia Solat Berjemaah Melalui Teori Fizik



Rahsia Solat Berjemaah....




Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. 

Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.





Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM



Wednesday 24 October 2012

Kisah Ular dari Ustaz Amin



Assalamualaikum,




Hari ini ummi hendak berkongsi satu kisah berkenaan dengan ular. Ustaz amin membicarakan mengenai galakkan membunuh ular yang berbisa.

Baru ummi tahu yang jin boleh menyerupai ular dan dengan bantuan ularlah, syaitan boleh menyelip masuk ke syurga, selain itu juga yang diturunkan dari syurga adalah 4 iaitu Adam, Hawa, Syaitan dan Ular. Jom kita layan ceramah ustaz Amin berkenaan dengan kisah ular untuk faham dengan lebih mendalam.

P/S: Rasa-rasanya korang sempat tak suruh ular pergi sampai tiga kali. Ke kita yang cabut dulu..lari....lari.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday 23 October 2012

Kisah Semut


Sumber: Jabatan Agama Islam Perak
Gambar: Google

Kisah 1: 

Kerajaan Nabi Sulaiman AS dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang. Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana. Baginda Sulaiman AS mulai didatangi oleh ummatnya untuk meminta pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. 

Baginda Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon kepada Allah SWT agar musim kering segera berakhir dan hujan segera turun.

Sesampainya mereka di lapangan Baginda Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman AS kemudian mendengar sang semut mulai berdo'a memohon kepada Allah SWT penunai segala hajat seluruh makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah SWT. 

Mendengar do'a si semut maka Baginda Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian Baginda Nabi Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Kisah 2:

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. 

Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. 

Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. 

Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. 

Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. 

Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
https://www.wasap.my/60176155038/aisyahhamidblog

Monday 22 October 2012

Jenama MAYBANK kedudukan paling teratas untuk tahun 2012


Gahnya nama jenama MAYBANK, banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam mencapai kedudukan pertama tambahan lagi dalam dunia serba persiangan.  

“5 P” adalah faktor yang penting dalam perniagaan.
-Place (Tempat)
-Price (Harga)
-People(Orang)
-Product( Produk)
-Promotion ( Pemasaran)

Selain itu memahami maksud  Keusahawan berkaitan rapat dengan Jenama. Keusahawaan bermaksud kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. 

Ia merupakan proses mewujudkan dan menguruskan perniagaan untuk mencapai objektif yang di hajati. Mengikut Yep Putih (1989), Keusahawan di katakan sebagai satu kebolehan, kemampuan dan kecenderungan untuk perkara-perkara berikut:-

  • Mengenal pasti peluang perniagaan
  • Mengendalikan usaha perniagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan orang ramai
  • Mendapatkan kejayaan melalui usaha-isaha yang dapat memenuhi keperluan orang ramai
  • Mendapat kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat
  • Mengambil risiko yang telah di perhitungkan
  • Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebaikkan social
  • Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh memningkatkan daya pengeluaran dari semasa ke samasa
Hal ini boleh di sokong dalam Anugerah MMVB 2012, ucapan Muhyiddin dalam teks ucapannya yang dibacakan Mukhriz berkata, Jenama perlu berfungsi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Justeru, firma pengiklanan dan pemasaran perlu menggalakkan kebebasan kreativiti bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang sehingga mencapai tahap yang mana produk dan perkhidmatan kita diterima di seluruh dunia,” katanya. 


Presiden 4As, Tony Savarimuthu juga berkata sememangnya tidak dapat dinafikan jenama juga adalah sebahagian daripada entiti komersial. Apa yang lebih penting ia juga adalah pendorong kepada perubahan positif dalam masyarakat.

"Jenama hanya boleh dinilai jika pemimpin yang menerajuinya mempunyai nilai sebenar. Ia adalah resipi baru bagi pertumbuhan dan membezakan sesuatu jenama pada masa kini," Penilaiannya adalah berasaskan kepada tiga komponen utama, iaitu prestasi kewangan, peranan jenama serta kekukuhan jenama.

Pemimpin atau usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Seorang yang telah memulakan perniagaan atau telah membeli perniagaan yang di mulakan oleh orang lain juga di kenali sebagai usahawan.  Usahawan juga adalah seorang pengurus yang menajui perniagaannya dan dapat menuntut hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut. 

Oleh itu, ia menanggung risiko perniagaan. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran masyarakat. Ia adalah seorang inginkan kebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri

p/s: Tahniah kepada maybank..hehe..ummi salah satu pelanggan maybank juga.

Thursday 18 October 2012

Tepuk Dada Tanyalah Hati


Hari ini ummi telah habiskan satu buku bertajuk "Keanehan dan Keajaiban Hati" yang di tulis oleh Abu Hikmat Al-Husni dan di terbitkan dari Darul Nu'man. Ummi amat bersetuju dengan pengarang yang mengatakan bahawa wajib setiap orang memelihara kesucian hatinya kerana hati punca segala sesuatu.



Kita mesti sinonim dengan perkataan yang berbunyi tepuk dada tanyalah hati. Gerak hati seorang adalah kayu pengukur kepada satu perkara yang dilakukan adalah betul atau salah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ummi sendiri, di mana ummi terpaksa membuat keputusan, selalunya ummi berfikir dan mengikut gerak hati. Jika gerak hati ummi mengatakan yakin betul dan ummi akan teruskan dengan keputusan betul itu dan jika sebaliknya, terus ummi tinggalkan.

Pengarang ada menyentuh tentang '"Fatwa dari Hati". Ketika Wailah bin Al-Asqa berkata kepada Rasulullah: Berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya kepada seseorang sesudah engkau."Maka Rasulullah berkata kepadanya: "Mintalah fatwa dari diri engkau sendiri". Kataku:"Bagaimana yang demikian?" Rasulullah menjawab:"Engkau tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau, sekalianpun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang berfatwa." kataku lagi ."Bagaimanakah yang demikian? Jawab Nabi."Letakkan tangan engkau ke atas hati engkau (bagaimanakah keadaan  perasaannya). Kerana hati akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada tenang kepada perkara yang haram.  

Secara ringkasnya tanyalah hati, jika hati berkata ia meragukan cepat-cepat tinggalkannya, kalau tidak hati seorang tidak  tenteram dan gusar, bak kata Ibn Mas'ud:' dosa itu menggongcangkan hati.

Hati kita adalah raja kepada semua anggota badan. Jika  baik hati maka baiklah segala tindak tanduk kita. Hati yang sihat akan melahirkan keimanan dan keyakinan, kerana iman yang lurus lahir dari hati yang yang lurus kemudian menggerakan alam yang baik. 

Hati orang yang beriman bersih bagaikan cermin memancarkan sinar kebenaran, namun hati orang yang ingkar di dalamnya ada penyakit dan noda-noda hitam hanya dengan bertaubat penyakit hati dapat di ubati.

Buangkanlah penyakit hati seperti dengki, rakus dan sombong tetapi penuhilah dengan rendah diri, ilmu yang baik dan bersyukurlah.

P/S: Hati walaupun seketul daging, tetapi hati memegang peranan penting dalam menggerak, memberhentikan atau mencederakan perbuatan.Tepuklah dada, tanyalah hati.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday 15 October 2012

Kegagalan, Kemenangan dan Semangat Baru



Kegagalan bukan bermakna saya telah gagal, ia bermakna saya bukan lagi berjaya

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mencapai apa-apa, ia bermakna saya  telah mempelajari  banyak perkara

Kegagalan bukan bermakna saya telah diperbodohkan, ia bermakna saya ada keyakinan kuat untuk terus mencuba yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya telah di aibkan, ia bemakna saya berani meneroka sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya tidak mendapat apa- apa kejayaan, ia bermakna kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain

Kegagalan bukan bermakna martabat saya telah tercemar, ia bermakna bahawa saya bukanlah sempurna

Kegagalan bukan bermakna saya telah membazir hidup saya, ia bermakna saya ada alasan untuk memulakan kehidupan yang baru

Kegagalan bukan bermakna saya perlu menyerah kalah, ia bermakna saya mesti berusaha lebih kuat lagi

Kegagalan bukan bermaka saya tidak mungkin akan berjaya, ia bermakna saya perlu banyak bersabar

Banyak yang ummi boleh ambil daripada kata-kata dari kegagalan dan kemenangan. Ianya menjadi satu semangat buat ummi dan ummi akan jadikan sebagai pedoman untuk ummi dan rakan-rakan yang lain. Semoga kita dapat menjadi seorang yang mukmin yang sejati.

P/S: Orang yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Monday 8 October 2012

Kurus Cantik Atau Kurus Sakit


Bagi pendapat kawan-kawan, yang manakah anda lagi suka? kurus cantik atau kurus sakit. Bagi ummi, mestilah kurus cantik dan sihat. Siapa yang tidak hendak cantik, semua orang hendak cantik tetapi cantik itu subjektif ianya bergantung pada seseorang.

Bagaimana hendak kurus cantik?

1. Buat latihan senaman secara konsistan.

Senaman adalah faktor utama dalam mendapat bentuk badan yang cantik, tetapi senaman yang bagaimana? Senaman yang mudah tetapi konsistan dalam melakukannya. Sebagai contoh, bangun pagi, gerakkan tangan  dan kaki hanya untuk 5 minit. 

Apabila sudah rasa selesa tempoh masa lima 5 minit setiap pagi dan bertukarlah kepada tempoh 15 minit. Lama-kelamaan anda akan dapat rasakan kebiasaannya, dan untuk hari-hari seterusnya, jika anda tertinggal untuk bersenam satu hari pun anda rasa janggal. Ingat dengan bersenam cara konsistan dapat membakar lebih banyak kalori.

2. Makan makanan seimbang.

Masih ingat lagi dengan Piramid Makanan. Ikutilah piramid makanan yang mengandungi empat aras makanan. 

Hidangan makanan yang diambil setiap hari perlulah mengandungi:-

  • Aras pertama – nasi, roti, mi, bijirin dan ubi dalam (8-12 hidangan)
  • Aras kedua – sayur-sayuran dan buah-buahan ( 3-5 hidangan)
  • Aras ketiga – ayam, daging, ikan, telur, kekacang, susu (2-3 hidangan) dan produk tenusu (1-2 hidangan)
  • Aras keempat – lemak, minyak, gula dan garam (dalam kuantiti yang sedikit)

3. Saiz pengambilan makanan.

Ramai yang tidak sedar termasuklah juga ummi, kita mestilah mengambil saiz makanan yang bersuaian dengan diri kita. Makanlah ketika lapar dan hentilah sebelum kenyang, bukan kenyang sangat-sangat baru hendak berhenti.

4. Ambil juga makanan tambahan

Jika kita mengikut piramid makanan yang syorkan, maka tidak perlulah ambil makanan tambahan, tetapi kebanyakkan pemakanan yang kita ambil tidak mengikut aras piramid, jadi makanan tambahan amatlah diperlukan sebagai ganti, contoh paling mudah ambil vitamin C.

Bagaimana hendak kurus sakit?

1. Diet yang terlampau.

Diet yang terlampau adalah tidak baik untuk kesihatan. Ada segelintir kawan-kawan yang diet terlampau, sampai tidak makan nasi untuk berbulan-bulan sebabkan hendak kurus. Namun kesannya anda akan rasa cepat penat, pengsan, dan tidak bermaya.

2. Emosi tertekan (stress).

Emosi tertekan juga merupakan salah satu punca sakit. Emosi tertekan akan wujud bila-bila masa sahaja, sambil memandu kereta pun tertekan, sambil makan pun tertekan, malah persaingan untuk jadi yang terbaik juga merupakan satu tekanan. 

Setiap kali kita mengalami tekanan emosi, kadar kortisol dalam badan akan meningkat. Kortisol berfungsi membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab pengumpulkan lemak di bahagian perut. Selain itu juga, melemahkan sistem immunisasi seterusnya mudah untuk mendapat penyakit. Jadi elakkan emosi tertekan dengan bersyukurlah dan memperbaiki dengan apa yang dapat.

3. Ubat-ubatan kurus yang memudaratkan.

Ambillah ubat-ubatan yang di jamin oleh JAKIM, jangan di sebabkan murah dan cepat kurus, terus beli tanpa fikir dan kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk.

P/S: Selain itu banyakkan minum air. Samalah dengan ummi, minum 8 gelas satu hari!

P/S/S: Rujukkan ini di ambil dari website: slim2.org dan intim.wordpress.com.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular