..Assalamualaikum...
gegege....semangat!..semangat! |
"Hari ini ummi hendak berkongsi tentang mencari ilmu lagi. Ummi ada terbaca dari blog ustaz amin berkenaan dengan 3 keperitan dalam mencari ilmu. sekadar berkongsi!...Tetapi ummi salin sebijik (copy and paste)." =)
3 Keperitan Yang Perlu Di Lalui Oleh Seorang Pelajar
3 November 2012, saya merasmikan ihtifal Maahad Sains al-Quran al-Amin, sekolah tahfiz yang saya kelolakan. Pada kesempatan kali ini, anak-anak murid saya dan juga ibu ayah mereka ada. Kami mulakan program dengan bacaan doa dan al-Quran.
Kemudian saya membawakan 3 keperitan yang perlu dilalui oleh seorang pelajar dan ia merupakan satu sunnatullah.
3 Keperitan itu ialah :
a) Keperitan ilmu
b) Keperitan majlis ilmu
c) Keperitan bersama guru.
Memang, Nabi SAW juga melalui proses yang sama
di dalam baginda menerima wahyu. Orang hebat seperti Imam Syafie dan Salahuddin al-Ayubi juga melalui proses yang sama. Jadi, seorang yang ingin menjadi orang hebat perlu melalui proses yang
sama.
"Ia ibarat ingin melahirkan roti canai yang sedap dan baik, ia
perlu diuli, dibanting, ditepuk, dilambung, dibakar. Barulah ia menjadi
roti canai yang sedap dan enak."
Kalau seguni tepung tidak mahu melalui proses tadi, hanya diletakkan di
lantai tidak disentuh dan diproses maka, ia hanya akan tetap seguni
tepung yang lama kelamaan akan menjadi rosak dan busuk.
Mari sama-sama kita kongsikan ilmu yang kita ada, semoga memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.