Wednesday 25 April 2018

Cara Cara Pakai Inai Daun Tradisional

Hari ini Kak Chah nak tunjuk cara cara pakai inai daun. Siapa disini suka pakai inai daun, inai tradisional. Masa kecil kecil dulu Kak Chah memang suka pakai inai dan disebabkan anak Kak Chah nak pakai sangat inai, jadinya Kak pakaikan lah.

Alhamdulillah, inai daun sememang tahan lama untuk warnanya luntur. Tahan lebih kurang 2 bulan juga. Kalau kerap potong kuku, cepatlah tak ada inainya.

Bahannya untuk pakai inai daun tradisional adalah:-

1. Daun Inai
2. Asam Keping
3. Nasi
2. Gunting untuk guntingkan plastik dan tali
3. Plastik untuk balut jari
4. Tali
5. Mesin Pengisar (blender) / Lesung Batu

* Bahan bahan ni berbeza ada setengah orang letak sireh, kapur tapi Kak Chah masukkan bahan yang ada di dapur sahaja. Nasi eleman yang penting ya, sebab apa ya?. Baca seterusnya nanti Kak Chah bagitau ya.

Cara cara pakai inai daun tradisional adalah:-

1. Rendamkan daun inai tersebut.

Rendam sekejap pun ok

2. Sambil tunggu rendam tu, boleh la cari tali dan plastik untuk balut inai yang di jari itu.

Tali yang Kak Chah gunakan

Ini plastiknya
Gunting petak petak macam ini. Kak Chah gunakan banyak plastik, sebab ada 30 jari nak kena balut.

3. Kisarkan daun inai itu dengan menggunakan blender, masukkan nasi dan asam gelugur. Tujuan nasi diletakkan proses melikatkan inai tersebut dan juga untuk melihat samaada inai sudah merah atau tidak.

Jika menggunakan blender pastikan guna sedikit air dan jika tumbuk mengguna lesung batu, di galakkan tidak masukkan air supaya inai tersebut pekat.

Kepekatan inai penting supaya inai benar benar meletak pada kuku. Kalau inai lembik, agak tidak cantik untuk terletak cantik di atas kuku.



4. Boleh gunakan "masking tape" untuk di di balut pada jari. Tujuan balutan seperti ini untuk menjadikan warna merah di kulit, sekata garisannya. Boleh tengok seperti di bawah.

Sebelum nak balut masking tape, tengok sudah merah, belum semalam lagi berbalut. 

Balut gunakan masking dengan cara macam ini.

5. Proses membalut inai daun.

Tangan sudah penuh dengan inai daun, minta tolong anak umur 5 tahun ambilkan gambar, beginilah hasilnya.

6. Tip ya, nak pakai inai daun yang seeloknya pakai waktu malam sebelum nak tidur, sudah siap siap kerja rumah, selesainya kerja anak, di dapur dan baru boleh pakai sebabnya bila tangan sudah berbalut, sememang sudah tidak boleh buat apa apa dah, boleh tidur. semakin lama inai daun berbalut di jari, semakin merah warnanya.

7. Bangun pagi, sudah boleh buka ya inai daun tersebut. Basuh bersih sih jari dan kuku.

Setelah beberapa minggu pakai, minta maaf terlupa nak ambil gambar selepas buka balutan.

Nak tip macamna nak dapatkan inai daun menjadi merah bak saga. Komen tau, nanti Kak Chah bagi kongsi.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
017 615 5038

5 Cara Mudah Kuatkan Sistem Imum Anak

Mak Mak hebat mesti pening dan tertekan jika ada anak yang sering demam, batuk dan selsema. Jom kita baca bagaiman hendak kuatkan sistem pertahanan tubuh anak kita.

Mohon bacaan lanjut di sini ya. Klik ini 5 Cara Mudah Kuatkan Sistem Imum Anak

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular