Tuesday 31 October 2017

Bersabar Dan Hari Hari Bermotivasi

Ini kata yang sering kita ucapkan apabila sudah merasa kecewa, penat dan hilang motivasi. Jom kita tingkatkan prestasi tidak kiralah dari segi apa jua pun bidang, baik hal dunia atau hal akhirat.

Letih, dah setahun buat tapi tak dapat apa apa.
Penat, buat kerja yang sama sama setiap hari.
Cemuih, macam takda kerja lain nak buat, asyik buat ini ini aje.

no no no, bersabar!, buat yang terbaik dari dari hari ke hari. Inshaa Allah, kesenangan menjelma jua dikemudian hari.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday 29 October 2017

5 Sebab Sahut Cabaran Sebagai Konsultan Qaseh Gold

Soalan: Bagaimana Kak Chah boleh terjebak menjadi konsultan Makan Sunnah Qaseh Gold?.

Jawapan: Disebabkan produk ini mempunyai semua ramuan makanan sunnah dalam satu botol, jika hendak makan satu satu makanan sunnah memang jenuh hendak makan kan. Jimat masa dan jimat duit juga tau.

Produk ini sudah lama berada di pasaran sejak tahun 1983 lagi. Bermakna sudah 34 tahun produk Qaseh Gold bertapak di pasaran. Ini membuktikan produk Qaseh Gold memang terbaik, jika tidak mana mungkin boleh bertahan selama itu kan.

Disamping itu juga antara sebab lain adalah produk dan syarikat mempunyai pengsijilan seperti berikut. 5 sebab Kak Chah sahut cabaran sebagai konsultan Qaseh Gold adalah:-

1. Barakah Praktis

Baraqah Practice merupakan satu penanda aras baru di dalam pengurusan Ana Edar Sdn. Bhd. yang bermotokan 'Agenda Transformasi Ummah'. Pengamalan Baraqah Practice ini merangkumi semua tahap yang bermula dari pengurusan staf, pengurusan kilang sehingga pengurusan Rakan Niaga Ana Edar Sdn. Bhd.

Objektif utama Baraqah Practice adalah untuk mendapatkan keberkatan dan keredahaan daripada Allah swt.


2. Buatan Malaysia

Mestilah sokong buatan malaysia.


3. Halal

Minuman atau jus Qaseh Gold yang berasaskan formulasi makanan sunnah ini diperakui khasiatnya sejak zaman berzaman dan termaktub dan ada tertulis di dalam Al-Quran dan hadis.

Selain itu juga, beberapa jenis herba terpilih turut dimasukkan di dalam ramuan Qaseh Gold bersama gaya hidup yang sihat seperti pemakanan seimbang, bersenam, minum air yang mencukupi dan pengurusan stress yang baik bagi mendapatkan kesihatan optimum dan bahagia di dunia dan diakhirat.



4. 10 Tahun Qaseh Gold

Qaseh Gold, Sedekad memberi manfaat.


5. Qaseh Gold juga telah disyorkan oleh Persatuan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM)


Korang hendak join Kak Chah, meh hubungi kami. Inshaa Allah, Kak Chah bantu korang bina jati diri, bina empayer sendiri dan bantu saudara lain lagi.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday 28 October 2017

Tip Travel Dengan Anak Kecil

Cuti sekolah akan menghampiri dalam sebulan lagi, wah cepatnya masa berlalu. Jadi apa rangcangan korang untuk anak anak. Kak Chah bercadang cuti sekolah nanti nak bawa anak anak pergi perak. Makan nasi buluh. 

Jom kita tengok tip travel dengan anak kecil.

1. Sentiasa membawa bekalan makanan. Perut anak tidak sama macam perut orang dewasa. Kadang-kadang waktu yang tak sesuai tu la dia nak minta makanan. Jadi stanby roti, buah atau snek untuk mereka.

2. Teliti itinerary atau aktiviti yang akan dilakukan semasa bercuti. Pastikan bersuaian dengan keadaan anak & perlu berlaku adil untuk ke tempat yang menarik untuk mereka sama-sama merasa enjoy . Bukan nak pergi tempat mama suke je tau 

3. Pastikan baju & pampers anak mencukupi serta bersesuaian dengan tempat yang ingin dikunjungi. Bagi memastikan perjalanan berjalan lancar, ini antara faktor penting ya.

4. Peka dengan mood anak. Kadang-kadang anak ni kalau dah letih memang tak hirau dah sekeliling. Mula la mama pening. Ok tolak tepi negatif mood sebab kita masih bercuti.Kalau anak dah letih lebih baik berehat sekejap sebelum semua orang bertukar jadi Hulk

5. Boleh juga bawak mainan yang anak suka. Supaya kalau waktu dalam flight anak tak bosan. Tapi jangan bawa 1 bawa beg pula ye. Memadai bawa buku & pensil warna.

6. Paling penting bawa ubat-ubatan yang perlu. Antibodi anak juga boleh berubah bergantung pada cuaca dan keadaan semasa. Oh ye bole juga bawa QASEH JUNIOR tau. InsyaAllah boleh membantu.

Sumber Qaseh Gold HQ

Jom travel.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

6 Tip Jogging Dengan Betul

Mungkin ada yang dah tahu kesannya jika tidak joging dengan betul. Kesannya, boleh mencederakan badan tau. Sakit sana sini.

Nak tahu 6 tip berjogging dengan betul, Baca dibawah ya.

1. Pilih kasut yang betul.

Paling penting, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti.

2. Lakukan warm up.

Jangan lupa untuk panaskan badan. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.

3. Minum air.

Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.

4. Bernafas melalui hidung.

Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesak nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.

5. Hanyunkan lengan.

Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

6. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana.

Ramai yang tewas awal ketika jogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.

Sumber Qaseh Gold HQ


Hujung minggu ni boleh la cuba ye.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Tuesday 24 October 2017

Penafian Oleh Kak Chah

Penafian ini berkaitan blog dan laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan sunnah Qaseh Gold. Penulis bukan doktor atau pakar perubatan dan blog dan laman web ini tidak dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog dan laman web ini juga tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog dan laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Penulis juga ada menyertakan tentang testimoni pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa pengalaman yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog dan laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber rujukan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan. Setiap individu mungkin mengalami pengalaman yang berlainan dan tidak semestinya sama.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Pengalaman pengguna yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan sebagai diagnosis atau rawatan penyakit. Sebaliknya maklumat yang terkandung dalam blog dan laman web adalah sah untuk menyarankan penggunaan Qaseh Gold. Saranan utama adalah membantu anda semua yang mengalami sebarang kekurangan makanan tambahan dan mineral dalam badan.

Penulis juga tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah interpretasi atau salah guna maklumat dalam blog dan laman web ini.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Hendak Hati Tenang

Hendak hati tenang

Terlihat gambar keluarga lalu terkenang
Teringat sisipan masa dulu dan masa sekarang
Lalu aku senyum bak bunga ros mengembang
Gembira bersinar tanda syukur pada rezeki yang terbentang

Memang, pagi ini sungguh tenang


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Sunday 22 October 2017

Baca Al-Quran Setiap Hari

Baca Al-Quran Setiap Hari.


Orang hebat kata baca Al-Quran untuk otak bertambah laju, barulah hidup maju.
Orang hebat kata juga baca Al-Quran untuk tumpuan lebih agar tidak bercelaru.

Korang setuju?.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Saturday 21 October 2017

Doa Nabi Yunus

Assalamualaikum.

Inilah kehebatan doa Nabi Yunus, patut la suami suruh Kak Chah amalkan. Jom korang, kita beramal bersama sama.


Ini pulak komen dari pengamal doa ini, ini kawan kawan Kak Chah dari facebook Kak Chah ya. Sungguh berkesan.



Jom korang, usah nanti memang tertinggal kerata api.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Wednesday 18 October 2017

Selamat Bercuti Pesta Diwali 2017


Hidup ini usah kata nanti
Lebih baik tanya kata hati
Qaseh Gold ibarat jantung kami
Kami ucapkan selamat bercuti



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

Thursday 5 October 2017

Telefon Dari Postpaid Ke Prepaid

Kak Chah sebelum ni pengguna celcom postpaid dan berhajat nak tukar ke maxis prepaid. Tapi perjalanan nak tukar postpaid ke prepaid dengan kekal no telefon sama agak payah sedikit compare dengan prepaid ke postpaid.

Kak Chah cerita sikit perjalanan Kak Chah tukar postpaid ke prepaid dengan kekal no telefon yang sama.

1. Mula mula Kak Chah pergi celcom kiosk dulu. Rupanya tidak boleh tukar direct dari celcom postpaid ke celcom prepaid. Customer service tu cakap kena daftar telco lain dulu baru boleh daftar sebagai prepaid.



2. Bincang punya bincang, so, Kak Chah pilih maxis, orang kata maxis line elok kat kampung. Pergi lah Kak Chah ke kiosk maxis. Alhamdulillah, pendaftaran no tersebut boleh dibuat terus. Bagi aje IC dan cap jari. Settle.

Pihak maxis akan submit application untuk no tersebut kepada pihak celcom dan Kak Chah mesti lah settle kan bill celcom terlebih dahulu.



3. Kak Chah pun pergi lah ke celcom. Jumpa customer service, Kak Chah cakap kak Chah nak settle kan bill dan nak terminate line. Oh, maaf cik nak terminate line tak boleh di sini.

Huh, panas Kak Chah dah 50%. Sabar Kak Chah. Pahtu lagumano?. Ai dah speaking london dah. Panas kan.

Kena g celcom cube. Celcom cube katne. Di KL ya cik. Kak Chah tak biasa jalan KL ni. Ada alternative lain?.

Boleh aje, call 1111.

Huh, Sejuk sikit.

Kak Chah terus call no tersebut. Dekat 30 minit jugak bercakap. Dari panas 50% jadi 100%. Xpe lah cik celcom, 

Kak Chah decide nak tukar prepaid jugak. Terima Qaseh nasihat kamu. Kak Cha appreciate ya.




4. Tunggu aje dalam 2, 3 hari pihak celcom akan hantar pengesahan tukar telco. Apa lagi tekan yes la. Sekarang enjoy dengan prepaid, jimat duit.



Alhamdulillah, tenang sahaja bila pakai prepaid ni. Tidak payah nak serabut bayar duit bulan bulan, hati tenang, stress tidak ada, tentu tentu kesihatan terjaga. Kak Chah suka!.


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Wednesday 4 October 2017

Dropship dan Rakan Niaga Diperlukan Team Kak Chah

Ada sapa nak join Team Kak Chah. Matlamat Kak Chah dalam berQaseh Gold adalah membantu meningkatkan kesihatan korang terutama anak anak kecil yang rendah imunisasi dengan mengamalkan makanan sunnah. 

Inshaa Allah dengan join team Kak Chah, Kak Chah akan sediakan platform yang boleh membantu korang membina self confident dan sudah tentu Kak Chah akan ajar tentang lenggok berbisness. 


Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

Tuesday 3 October 2017

Matlamat Blog Tip Kesihatan Pantas

Matlamat Kak Chah dalam blog Tip Kesihatan Pantas adalah memberikan manfaat kepada semua orang tentang kepentingan menjaga kesihatan dengan makanan sunnah yang semulajadi tanpa bahan pengawet.

Kesihatan bukan sahaja merangkumi pemakanan dan makanan tetapi dari segala aspek contohnya, persekitaran, aktiviti seharian dan stress.

Lumrah dunia hari ini, semuanya hendak pantas. Kalau boleh makan pun nak pantas, tidak payah kunyah terus telan kan. Melawak aje. Di blog ini, Kak Chah kongsikan cara-cara, tip dan langkah-langkah untuk menjimatkan masa, tenaga, wang korang dengan cara mudah.

Kak Chah nak bagitau la visi dan misi blog Tip Kesihatan Pantas ini, bunyi visi dan misi macam formal, kaku gituw, orang muda mudi katanya tidak trendy, tidak hip, tidak glamor lah. Sebenarnya versi yang Kak Chah sampai adalah visi dan misi yang nampak simple tapi impaknya besar tau pada pada Kak Chah.

Visi dan misi ini penting ya sebab ianya memberikan satu direction atau arahan kepada kita supaya lebih fokus. Kalau kita fokus, biasanya kita tidak hirau apa yang berlaku di sekeliling kita. Daripada perkataan fokus, maka lahirlah perkataan konsisten dan semangat yang betul.

Berikut adalah contoh visi dan misi blog Tip Kesihatan Pantas versi Kak Chah.

Visi:

Menjadi salah satu blog utama yang sering dilawati bagi mendapat topik tentang tip kesihatan pantas dan Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold.

Misi:
  • Menulis artikel yang berkualiti secara konsisten.
  • Mengutamakan artikel berkaitan tip kehidupan supermak dan tip kesihatan.
  • Berkongsi memberikan tip jimat, tip simple dan ringkas berkaitan supermak.
  • Berkongsi kelebihan dan manfaat Produk Makanan Sunnah Qaseh Gold

Jadi, pastikan korang pun ada masa matlamat yang korang nak dalam hidup dan tuliskan dengan jelas bila dan bagaimana ya.



Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Junior Selayang
019 - 366 7907

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular