Saturday 28 October 2017

6 Tip Jogging Dengan Betul

Mungkin ada yang dah tahu kesannya jika tidak joging dengan betul. Kesannya, boleh mencederakan badan tau. Sakit sana sini.

Nak tahu 6 tip berjogging dengan betul, Baca dibawah ya.

1. Pilih kasut yang betul.

Paling penting, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti.

2. Lakukan warm up.

Jangan lupa untuk panaskan badan. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.

3. Minum air.

Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.

4. Bernafas melalui hidung.

Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesak nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.

5. Hanyunkan lengan.

Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

6. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana.

Ramai yang tewas awal ketika jogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.

Sumber Qaseh Gold HQ


Hujung minggu ni boleh la cuba ye.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular