Rahsia Solat Berjemaah....
Seorang Professor Fizik di
Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah
yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas
elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada
bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran
tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan
ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran
tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat
berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap
kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan
negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses
pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh
didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari
kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat
kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih
banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk
memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi yang sama turut
berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti
mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu
Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran
Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada
waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak
memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut,
didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat
Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga
untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor
ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala
amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau
memeluk agama Islam.
P/S: sila rujuk di sini..
P/S/S: jom mulai hari ini kita pakat-pakat bersolat berjemaah dengan suami dan anak-anak kita.
Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.