Thursday 21 September 2017

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji

Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji Versi Kak Chah.

Niat nak masak bihun goreng. Tengok tengok pes cili sudah habis. Nampaknya kena buat lagi Pes Cili Homemade Jimat Tanpa Biji. 

Meh, Kita tengok cara caranya ya.

1. Potong Cili - Kalau Kak Chah suka gunakan gunting untuk potong cili. Lagi senang, cepat dan mudah. Cara potong cili mestilah potong tengah supay senang terlerai biji cili.



2. Gongcang - Apabila habis potong cili, masukkan ke dalam bekas tertutup untuk goncang. Teknik gongcangan ini adalah teknik yang terpantas untuk asingkan biji cili. 



3. Ulang Gongcangan -  tengok hasilnya. banyak kan biji terhasil dari gongcangan.


4. Rebus - Langkah ke-4 adalah rebus cili tersebut. Tujuan rebusan supaya senang nak blend dan juga hendak kurangkan rasa pedas cili tersebut.



5. Tos - Then, toskan. tengok sudah tidak bijinya.



6. Blend - Apa lagi, blend lah.



7. Asingkan ke Dalam Bekas - Tunggu sejuk dan asingkan ke dalam bekas. Masuk ke dalam peti ais. Insha Allah, boleh guna untuk lebih 10 masakan dengan pes cili homemade jimat tanpa biji.



Aisyah Hamid
Tip Simple dan Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Gold
019 - 366 7907

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular