Tip bila gaji sudah masuk ke akaun anda.
Tahun 2017 ialah tahun yang mencabar dimana ekonomi Malaysia tidak
stabil dan kesannya kepada kita semua. Semua barang-barang sudah meningkat naik
dan ramai antara kita berkeluh kesah.
Sebelum ummi memulakan tip
bila gaji sudah masuk ke akaun anda. Ummi ingin sentuh berkenaan dengan
"Matlamat Hidup". Anda sudah tetapkan matlamat anda untuk tahun
2017?. Seharusnya matlamat mestilah di tulis dan boleh dikira.
Ada kajian saintifik
menyatakan bahawa apabila anda menulis matlamat anda. Neurologi (otak) dan
Fisiologi (tubuh) akan bertindakbalas dengan matlamat anda.
Contoh matlamat ummi untuk
tahun 2017 adalah seperti berikut:-
a) Hendak mempunyai simpanan RM10,000.00
b) Hendak bagi kepada Emak dan Ayah
RM1,800.00
c) Hendak naikkan sale QASEH GOLD kepada
RM72,000.00
d) Hendak Khatam Al-Quran
Nampak macam susahkan bila
tengok nambor-nambor di atas, tetapi apabila dipecahkan kepada setiap bulan,
nambor di atas akan mengecil. Contohnya Ummi ambil matlamat hendak mempunyai
simpanan RM10,000.00 dan ummi akan membahagikan kepada 12 bulan. Jadinya, setiap
bulan ummi akan mesti simpan rm834.00 sebulan. Kalau rasa tidak boleh lagi kecilkan
lagi minggu atau hari.
Matlamat biarlah realistik.
Contohnya gaji rm1,500.00 dan sudah berkeluarga, maka turunkanlah simpanan anda
kepada RM2,000.00 setahun.
Bila sudah senaraikan matlamat
anda. Maka, anda haruslah buat 4 tip bila gaji sudah masuk.
1) Niat
Niat penting untuk kita
berjanji pada diri sendiri yang akan buat seperti matlamat di atas contohnya.
Inshaa Allah dengan niat hati kita akan cekal dengan segala dugaan. Dugaan
hendak shopping, dugaan dengan makanan mewah-mewah dan sebagainya.
2) Tabung
Tabung adalah simpanan akaun
yang paling ampuh sekali. Hendak lagi tabung yang berkunci bagai, masuk duit
memang tidak boleh keluar. Kalau hendak keluarkan juga maka kena pecahkan
tabung itu. Seeloknya tetapkan nama tabung itu supaya anda boleh tahu
tujuan duit tersebut.
3) Buat
Niat sudah ada, tabung sudah
cantik tetapi dari sebulan ke sebulan tidak juga ada simpanan. Alih-alih bila
sudah hujung tahun, buat matlamat lain ataupun sambung matlamat yang sama. Anda akan
rasa nikmat kejayaan bila anda sudah capai matlamat yang anda tetapkan.
4) Disiplin dan konsistan
Buat sudah tetapi tidak
disiplin dan konsisten. Disiplin dan konsistan juga elemen yang paling
penting bila gaji sudah masuk. Jangan mencuri duit kita sendiri.
Anda semua boleh dapat apa
yang Ummi nyatakan. Mari buat sekarang.
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.