Assalamualaikum.
Jatuh Cinta dengan Qaseh Gold.
Hari ini ummi memilih topik Qaseh
Gold Junior, produk makanan sunnah yang mengandungi 15 ramuan makanan sunnah.
Ummi ingin berkongsi bagaimana ummi dan sekeluarga boleh terjebak dengan qaseh
gold sebagai makanan tambahanan untuk kami sekeluarga.
Ianya bermula dengan anak nombor 2
selalu batuk, wafiyyah namanya, dimana batuknya tidak berhenti hampir 8 bulan.
Ubat dan klinik memang menjadi rumah kedua. Kami juga pergi ikhtiar dengan
perubatan lain contohnya terapi, jumpa tabib, berubat secara kampung dan
bermacam-macam tip telah cuba. Semuanya tidak berjaya, sehingga doktor telah
mengesahkan wafiyyah mempunyai asma. Alangkah sedihnya kami sekeluarga kerana
ummi dan suami tidak mempunyai generasi asma.
Selama 8 bulan hidup tidak
menentu, pantang orang bagitahu tempat berubat, kami sekeluarga akan pergi.
Sampaikan wafiyyah trauma bila melihat ubat. Takut sangat bila hendak makan
ubat. Masalah yang dihadapi semasa batuk wafiyyah tidak berhenti adalah seperti
berikut:-
1.
Kewangan kerana kos ubat-ubatan
2.
Badan keletihan kerana tidur tidak
teratur
3.
Emosi terganggu kerana risau akan
kesihatannya
4.
Wafiyyah takut ubat kerana selalu
makan ubat
Akhirnya, ummi jumpa penawar makanan sunnah Qaseh Gold
Junior dan ummi tertarik dengan produk Ana Eda kerana produk muslim keluaran
Malaysia sejak 1983.
Antara sebab utama ummi jatuh cinta dengan Qaseh Gold Junior
adalah faktor rasa yang sangat sedap, manis buah kurma & madu dan mempunyai
bahan utama seperti berikut:-
·
Kurma, madu dan buah tiin, zaitun,
delima
·
Air Zam Zam
·
Habbatus sauda'
·
Za'faran
·
Arabic gum
Dari sebotol ke sebotol ummi membeli
Qaseh Gold Junior kerana ummi sudah nampak perubahan yang dialamai oleh
wafiyyah. Kini wafiyyah pulih sepenuhnya. Bermula dengan wafiyyah, ummi bagi
juga beri kepada waqqas, malah ummi & suami juga mengamalkan qaseh gold.
Kami sudah jatuh cinta dengan Qaseh Gold Junior, dimana
anak-anak dan suami tidak perlu diingatkan lagi untuk minum Qaseh
Gold kerana mereka sudah rasa keberkesannya.
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.