Tuesday 14 November 2017

Kelebihan Dan Kajian Benar Tentang Vitamin D

Kelebihan utama Vitamin D adalah untuk tulang dan ianya diperincikan seperti berikut:-
  • Meningkatkan penyerapan kalsium untuk kesihatan tulang.
  • Menjaga kadar kalsium dan fosfor untuk tetap normal.
  • Meningkatkan pertumbuhan sel tulang.
  • Meringankan peradangan ketika terjadi infeksi di dalam tubuh.

Nanum, Vitamin D juga memberikan banyak kelebihan lain selain daripada tulang. Jom kita baca tentang kelebihan lain dan kajian benar tentang Vitamin D.

Kajian dari The Archive of Internal Medicine menyatakan bahawa, orang yang mengalami kekurangan Vitamin D akan berisiko untuk meninggal dunia 2 kali lebih tinggi. Rata ratanya akibatkan daripada pelbagai penyakit jantung.

Selain itu, menurut temuan yang dipublikasikan dalam Circulation tahun 2008, Vitamin yang mencukupi boleh mengurangi risiko penyakit jantung juga. 

Dalam penelitian yang lain juga menyatakan bahawa Vitamin D, boleh mencegah panyakit kanser payudara, multiple sclerosis dan skizofrenia. Hal ini disokong oleh, sebuah studi 2006 yang diterbitkan dalam Journal of American Medical Association dengan menyatakan bahawa vitamin D juga boleh mengurangkan risiko multiple sclerosis.

Di samping itu juga, dengan Vitamin D yang mencukupi boleh menurunkan kadar depresi atau tekanan. Archives of General Psychiatry melaporkan kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan depresi pada perempuan dan lelaki yang berumur 65 hingga 95 tahun. 

Vitamin D diperlukan adalah 15 mcg setiap hari untuk orang dewasa manakala untuk usia lebih dari 65 tahun memerlukan 25 mcg setiap hari.

Penelitian yang dipublikasikan oleh American Journal of Clinical Nutrition tahun 2010, vitamin D juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena selsema manakala berdasarkan Journal of the American Medical Association pada December 2003 menyatakan vitamin D juga boleh mengurangikan risiko kanker usus besar ataupun polip prekanser.


Baru Kak Chah tahu vitamin D sebenarnya memainkan peranan penting dalam seluruh badan kita. Semoga badan kita sihat dalaman, Inshaa Allah sihat luaran.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular