Tuesday 21 November 2017

Tentang Kak Chah

Nama panggilan Kak Chah, Aisyah Hamid adalah nama dalam surat beranak.

Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Anak pertama lelaki, diberi nama waqqas manakala anak kedua perempuan, diberi nama wafiyyah. Anak ketiga pula, Alhamdulillah lelaki, bernama Wafiq. Orang orang lama kata bunga sebab selang seli jantina kan. 

Dilahirkan dalam keluarga sederhana, alhamdulillah, serba serbi cukup. Belajar disebuah sekolah yang biasa dan mengambil  aliran sains semasa sekolah menengah. Result SPM juga tidak gempak, biasa biasa sahaja.

Selepas tamat sekolah, Kak Chah dapat menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau dalam bidang sains stream - biologi.

Dengan minat yang kobar kobar dalam bidang kesihatan, Kak Chah telah mengambil kos kesihatan di UITM, Shah Alam. Syukur berjaya menamatkan ijazah dalam bidang pengurusan kesihatan.

Alhamdulillah, Kak Chah tidak sempat hendak taman anggur kerana berjaya mendapat tawaran kerja di satu hospital rehabilitasi centre. Syukur pada Ilahi, Allah telah memberikan ruang pada Kak Chah untuk berkecimpung dalam bidang kesihatan lebih kurang 10 tahun.

Kini Kak Chah bergiat aktif dalam aktiviti bisness makanan. Berniaga produk jus harian untuk sekeluarga, jus Qaseh Gold. Kak Chah merupakan stokis Qaseh Gold Junior, sila klik disini.

Tagline KakChah adalah KakChahGoWGreen kerana Kak Chah pakar dalam menangani anak anak yang mempunyai masalah dengan makan. Contoh senang anak anak tidak makan sayur.

Okey lah, panjang pula karangannya. Terima Qaseh sudi membaca coloteh Kak Chah.

Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular