Friday 10 November 2017

11 Tip Agar Rezeki Mengalir Deras

11 tip agar rezeki mengalir deras ini Kak Chah ambil daripada instagram ustaziqbalzain. Insha Allah, sama sama kita amalkan bagi memudahkan dan melancarkan rezeki yang sedang sempit, diantara 11 tip agar rezeki mengalir deras bak air terjun adalah seperti ini:

1. Istiqamah Solat Dhuha
Allah SWT berfirman dihadits qudsi:

"Wahai anak adam, jangan sekali kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebur, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya" (HR Hakim & Thabrani)

2. Surah Al-Waqiah

"Barangsiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya" (Riawayat Ibn Mas'ud: al-Azhar, al-Jami al-Soghir)

3. Istiqomah Solat Tahajud
Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jalla turun (rahmat) setiap malam turun ke langit dunia, ketika tepat pada 1/3 malam yang akhir sambil terfirman: Barang siapa yang berdoa padaKu akan Aku kabulkan, barang siapa yang minta padaKu akan Aku beri dan barang siapa yang minta ampun padaKu akan Aku ampuni"

4. Selalu berprasangka baik pada Allah (Husnuzhon Billaah)

5. Memperbanyakkan tawakal pada Allah.

6. Meningkatkan taqwa kepada Allah.

7. Berusaha menjadi orang jujur dan amanat.

8. Suka menghormati tetamu.
Rasulullah SAW: 

"Tamu datang pada kalian dengan membawa rezeki".

9. Memperbanyakkan atau penyambung sillaturrahim

10. Memperbanyakkan infaq dan sedekah

11. Banyakkan istighfar

"Barang siapa yang memperbanyak membaca  istighfar, maka Allah akan menjadikan segala kesusahan menjadi kemudahan dan dari segala kesempitan Allah jadikan jalan keluar dan Allah  juga akan berikan rezeki untuknya dari yang dia sangka  mahupun yang tidak dia sangka". (HR.Ahmad).






Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular