Friday, 8 July 2022

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

 4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Lakukan Senaman Rahang

Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

 

Urut Halus Di pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

 

Guna Teknik Solekan Yang Betul

Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.

 

Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.

 



Sumber: xnakgemuk

Adakah gula gula getah untuk orang nak diet berkesan?

 Adakah gula gula getah untuk orang nak diet berkesan?

3 kesannya terhadap diet. Berikut adalah

1.       Membantu untuk menahan lapar kerana ia membuat kita kekal kenyang.

2.       Membantu anda mengambil kalori lebih sedikit

3.       Membantu anda membakar lebih banyak kalori

 

Membantu untuk menahan lapar kerana ia membuat kita kekal kenyang.

Dalam satu kajian terbaharu, dipercayai bahawa ia mampu membuat anda menahan lapar sehingga 10 jam lamanya, sama seperti anda minum minuman berkalori tinggi.

 

Membantu anda mengambil kalori lebih sedikit

Selain itu juga, gula gula getah untuk diet juga dikatakan mungkin boleh membantu anda mengambil kalori lebih sedikit dalam masa sehari.

Menurut satu kajian, dikatakan anda yang mengunyahnya di antara waktu sarapan pagi dengan makan tengah hari akan mengambil kurang 68 kalori berbanding asalnya.



4 Cara Mudah Buang Double Chin

 

4 Cara Mudah Buang Double Chin

1.       Kunyah Chewing Gum

Mengunyah gula-gula getah berulang kali dapat melatih otot-otot muka dan dagu dalam gerakan berulang sehingga dapat menghilangkan lemak berlebihan.

Bukan itu sahaja ia juga dapat menaikkan dagu serta menguatkan otot rahang! Bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati kerana gula-gula getah biasanya mengandungi pemanis yang tinggi.

 

2.       Ambil Protein

Kalau nak kurus, cuba elakkan makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya.

Protein tanpa lemak adalah sumber makanan yang boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

 

3.       Pakai sunscreen

Apa kaitannya sunscreen dengan leher? Ia dapat membantu mencegah kulit di bahagian itu daripada mengendur. Selain itu, ia patut disapu setiap dua jam terutamanya ketika sedang melakukan aktiviti luar.

 

4.       Senaman Regangan Leher

Dengan melakukan latihan regangan leher, anda dapat memanjangkan otot leher dan melawan postur tubuh agar lebih tegak.

Caranya mudah, duduk tegak pada kerusi dan hembuskan nafas sambil menarik kepala dengan lembut. Tarik kembali kepala dengan gerakan seperti kura-kura.

 


Sumber google

5 Cara mengatasi pipi tembam

 5 Cara mengatasi pipi tembam


1. Olahraga wajah
Gerakan olahraga wajah tak hanya bisa mengurangi pipi tembem, tapi juga memperkuat otot dan mencegah penuaan. Beberapa gerakan yang umum dilakukan adalah menggembungkan kedua pipi kemudian tekan udara dari satu sisi ke sisi lainnya, hingga tersenyum dengan menekan gigi selama beberapa detik.

Sebuah studi menunjukkan bahwa melakukan olahraga wajah dua kali sehari selama 8 minggu dapat meningkatkan ketebalan otot dan memperbaiki peremajaan wajah.

2. Olahraga cardio
Apabila penyebab pipi tembem adalah kelebihan lemak dalam tubuh, saatnya berolahraga dan memilih yang cardio atau berintensitas tinggi. Lakukan aktivitas fisik yang bisa meningkatkan detak jantung serta efektif membakar lemak tubuh.

Idealnya, mulai dengan 20 hingga 40 menit olahraga tiap harinya. Intensitas ini bisa ditambah jika sudah terbiasa. Beberapa olahraga lain yang bisa jadi alternatif adalah lari, jogging, bersepeda, dan berenang.

3. Banyak minum air putih
Menjaga tubuh agar tetap terhidrasi juga sangat penting untuk kesehatan, termasuk menghilangkan lemak penyebab pipi tembem. Banyak minum air putih menekan risiko seseorang mengonsumsi terlalu banyak kalori dan merasa kenyang lebih lama.

Dalam sebuah penelitian, minum air putih meningkatkan metabolisme tubuh hingga 24%. Dengan demikian, jumlah kalori yang terbakar bisa meningkat dan membantu menurunkan berat badan.

4. Jaga kualiti tidur
Sebisa mungkin, atur agar kualitas tidur tetap terjaga. Hal ini berhubungan dengan produksi hormon kortisol dalam tubuh yang bisa mengganggu metabolisme tubuh dan menambah berat badan. Idealnya, waktu tidur sekitar 7-8 jam setiap harinya.

5. Batasi konsumsi sodium/garam
Terlalu banyak mengonsumsi sodium atau garam juga bisa jadi penyebab pipi tembem. Hal ini terjadi karena sodium merangsang tubuh menyimpan cadangan air.

Untuk itu, batasi konsumsi makanan yang sudah diproses karena diestimasi menyumbang 77% dari seluruh asupan sodium seseorang. Hindari juga makanan ringan atau camilan yang mengandung kadar sodium tinggi.




sumber google

Thursday, 7 July 2022

Mudah sahaja, yang penting korang kena ikut 7 senaman pipi ini

 Mudah sahaja, yang penting korang kena ikut 7 senaman pipi ini:


1)Praktis menyebut huruf A, E I, O U setiap pagi dan juga malam sebanyak 40 kali.Kena rajin lakukan senaman ini kalau nak lihat wajah korang jadi kurus

2) Sebut huruf x dan o sehingga korang membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut. Kalau korang na tahu, senaman X-O  merupakan senaman muka yang sangat femes. 

3) Cara ketiga ialah senaman tepuk dagu.  Tepuk dagu korang dengan menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Teknik ini untuk menghilangkan dagu berlapis. 

4) Ini dinamakan senaman korea. Sebut Ma Me Mi Mo Mu sebanyak 10 kali. Teknik ini untuk menguatkan otot muka dan juga bibir. 

5) Senyum lebar sambil menutup rapat bibir dan tahan selama 15 saat. Kemudian lakukan senyuman lebar dengan menampakkan semua gigi korang dan tahan selama 15 saat. Ulang beberapa kali okay

6)Tutup mulut dan kembungkan kedua pipi. Korang tahan selama 5 saat. Kemudian, korang lakukan pada pipi kanan dalam kiraan yang sama dan ulang langkah ini beberapa kali. 

7)Bentukkan bibir korang seperti huruf o. Buat beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan hingga senyuman korang jadi selebar-lebarnya. Ulang beberapa kali okay. 



Wednesday, 4 August 2021

Kesan kurang vitamin D


 Sumber dari #dnd


Kak Chah juga agent dnd produk. Berminat wasap kc 017.615.5038

7 Cara cegah diabetes


 Sumber dari #dnd


Kak Chah juga agent dnd produk. Berminat wasap kc 017.615.5038

7 petua makan buah dengan betul


 

Sumber dari #dnd


Kak Chah juga agent dnd produk. Berminat wasap kc 017.615.5038

Jenis jenis air

 


Sumber dari #dnd


Kak Chah juga agent dnd produk. Berminat wasap kc 017.615.5038

Monday, 29 March 2021

SHORT STORY IN ENGLISH SEKOLAH RENDAH

Ada anak anak yang sekolah rendah. Boleh bagi anak anak untuk baca dan dengar cerita pendek dalam BI (ENGLISH)

Masuk link ini ya. 


Harap mendapat sesuatu.

Belalang

 

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.

 

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

 

“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

 

“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

 

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.

 

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

 

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

 

Tiba-tiba, genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. hendak terjun mencari takut disambar arus.meratap lah ia mengenangkan nasib.

 

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya."wahai orang tua... kenapa bersedih hati"

 

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan, lalu diceritakan apa yang berlaku.

 

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".

 

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

 

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

 

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

 

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

Wednesday, 12 August 2020

Makan banyak tapi tidak gemuk

Nak Kc bantu awak kurus. Klik ini

KURUS SEMULAJADI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sisuasi dimana kawan saya makan banyak tapi tidak gemuk gemuk?

saya makan sedikit sangat tetapi masih tidak kurus kurus.


Di mana khilafnya?

Tak ada khilafnya. Salah satu sebabnya adalah kawan awak tu mempunyai metabolisma yang tinggi.


Metabolisma itu apa?

Contoh senang hendak faham tentang metabolisma adalah makanan yang kawan kita makan itu senang nak bertukar menjadi tenaga.

Makan makan aje, terus jadi tenaga, tidak jadi lemak.

sumber google


Kenapa badan sukar kurus

Nak kurus dengan cepat?. Klik sini

Kenapa badan sukar kurus?

Ini jawapan dalam buku ‘New Human Physiology’, tulisan Profesor Erik Paulev & Prof. Gustavo Zubeita.

Kata Prof Gustavo, lelaki dan perempuan mengalami penurunan METABOLISMA dalam hidup bila usia sekali meningkat.

Sumber google

Wednesday, 25 March 2020

3 Makanan Untuk Kurus

Makanan-makanan berikut secara saintifik dapat kuruskan badan.


1. Epal dan Pear


Keduanya ada fiber yang tinggi. Punya kalori yang rendah. Sarat dengan Pectin.

Pectin apabila dimakan akan membentuk seperti gel di dalam perut. Punya kuasa kecilkan rasa lapar.

2. Cili


Pedas pada cili dapat kurangkan rasa lapar. Dalamnya ada Capsaicin.

Ia tingkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme tinggi, tahap untuk menjadi JALUR LEBAR menurun.

3. Teh Hijau


Teh Hijau ada flavonoids yang bantu tingkatkan kadar metabolisme. Kita tidak akan memBESAR sebagai johan.

Amal yang tiga ini dahulu.
Kajian dapati makan 3 biji epal atau pear setiap hari kecilkan saiz pinggang dan kempiskan perut. Apabila ditambah dengan teh hijau pasti berganda nikmat turun berat badan.

Boleh cuba. Semuanya boleh dibeli harga mampu milik.

Seterusnya kita beralih ke makanan kurangkan lapar.

sumber: Dr rizal 

Tuesday, 25 February 2020

Tapis Siapa Superhero Untuk Anak Kita

Tapis superhero yang kita kenalkan pada anak.
Salah pilih superhero buatkan anak jadi agresif.

-DrTaufiqRazif-

Monday, 24 February 2020

Doalah Tidak Dimana Mana


Doakan anak tidak perlu tunggu lepas solat. Sebut sahaja setiap masa di telinga anak.


-DrTaufiqRazif-

Sunday, 23 February 2020

Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak

Doa Untuk Menangani Anak Nakal atau Lasak

1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".


9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

@viralohviral

Peringatan Perlu Untuk Yang Bernama INSAN

Petik kata dari Puan Noor Afidah, KC setuju sangat tentang peringatan perlu supaya tidak lupa.
Anak yang kecil perlukan peringatan.
Anak remaja perlukan peringatan.
Anak dewasa juga perlu diberikan peringatan.
Yang berterusan.
Sebab apa?.
Kerana kita semua berasal dari perkataan "insan" dalam bahasa arab bermaksud lupa.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular