Visi dan Misi Tabung Simpanan
Topik lepas Kak Chah ada kongsikan berkenaan dengan tip bila gaji masuk ke akaun anda. Kali ini Kak Chah kongsikan Visi dan Misi tabung simpanan. Tabung simpanan sebaiknya mempunyai visi dan misi. Wah! bunyi macam pelik, tabung perlu ke nak kena ada Visi dan Misi. Sebenarnya, Visi dan Misi bukan untuk perniagaan dan syarikat sahaja tau, malah boleh diamalkan dalam kehidupan korang seharian.
Ada orang memang komited dengan dengan tabung simpanan dan ada sesetengah orang memandang enteng pada tabung simpanan, terutamanya duit syiling, duit syiling di atas meja la, di lantai la, dekat mana mana mesti ada duit syiling, nampak kan kita tidak menghargai duit syiling. Sebenarnya duit syiling adalah penyelamat ketika anda sedang poket kering. Siapa setuju! sila komen.
Tentukan matlamat tabung tersebut dan senaraikan apa yang korang perlu bukan kehendak.
"Keperluan dan Kehendak"
Sememangnya zaman sekarang korang mempunyai banyak pilihan tetapi bagaimana hendak memilih pilihan yang terbaik?. Pilihan yang terbaik adalah mengikut keperluan dan pulangan pilihan tersebut pada korang. Contohnya kalau membeli meja fikirkan apakah keperluan dan pulangan meja tersebut kepada korang. Inshaa Allah Kak Chah akan tulis satu topik tentang keperluan dan kehendak.
Jadi berbalik kepada visi dan misi tabung simpanan. Maksud visi ini Kak Chah ambil blog SmartUsaha.com kerana lebih ringkas penjelasannya.
Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti ingin memiliki rumah untuk seisi keluarga pada tahun 2020. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).
Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti ingin memiliki rumah untuk seisi keluarga pada tahun 2020. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).
Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud apakah usaha dan ikhtiar untuk capai impian dan cita-cita bersebut. Contohnya salah satu usaha adalah seperti membuat tabung simpanan untuk membeli rumah.
Berikut adalah contoh visi dan misi tabung simpanan Kak Chah:
Visi:
Ingin memiliki rumah sendiri pada tahun 2020.
Misi:
- Mewujudkan tabung simpanan rumah dengan setiap suami dan isteri mesti memasukkan kedalam tabung tersebut RM1000.00 sebulan.
- Tambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan seperti membuat 2 kerja.
- Berjimat cermat dalam kehidupan seharian contohnya tidak membeli barang yang tidak perlu atau guna semula bahan sediaada jika masih elok.
Jadi jangan kata susah hendak menabung ya.
Aisyah Hamid
Tip Simple & Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Qold
Aisyahamid@gmail.com
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.