Monday 15 April 2019

Usah Sia Sia Masa Kita

Sebuah renungan untuk kita, manusia hanyalah pengembara di atas punggung usianya.
Digulung hari demi hari, bulan, dan tahun tanpa terasa. Nafas kita terus berjalan seiring jalannya waktu, setia menuntun kita ke pintu kematian.

Sebenarnya dunialah yang makin kita jauhi dan liang kuburlah yang makin kita dekati. Satu hari berlalu, bererti satu hari pula berkurang umur kita. Umur kita yang tersisa di hari ini sungguh tidak ternilai harganya, sebab esok hari belum tentu jadi bahagian dari diri kita.

Oleh kerana itu, jika hari berlalu tapi tiada Kebaikan dan Kebajikan yang kita lakukan maka akan keringlah batin kita.

Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua.

Jangan terperdaya dengan badan sihat, kerana syarat untuk mati tidak pula harus sakit. Teruslah berbuat baik...berkata baik...! Buang semua yang tidak baik.

Walau tidak banyak orang yang mengenalimu, tapi kebaikan dan kebajikan yang kita lakukanlah yang akan memandu kita pada kebahagiaan, dan akan dikenang oleh mereka yang kita tinggalkan.

Sumber Fb


No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular