Friday 12 April 2019

Hukum Fizio Untuk Anak Demam, Batuk dan Selsema


Hukum Fizio untuk anak demam, batuk dan selsema.

Anak Demam
Jika anak demam, pastikan anak kita dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.  Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.

Anak Selsema
Bila anak selsema, tetap mandikan 3 kali sehari, mandikan dengan air suam supaya lendir itu mudah keluar. Ramai ibu ibu hari ini, tidak mandikan anak selsema, kata kata yang selalu di ungkapkan adalah nanti anak sejuk, makin selsema.

 Jika tidak mandi, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, mandi tapi jangan kerap ya. Mandi macam biasa, 3 kali iaitu pagi, tengahari dan malam.

Anak Batuk
Anak kerap batuk, juga kerap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi,

InsyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.

(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak anak dah longgar tepuk belakang anak setiap kali anak batuk)

Waktu bila nak mandi, jom terjah next post ya.

Nota tambahan: Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat.

Sumber: Copy dari Group Wassap.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular