Sumber: Portal Rasmi Myhealth, KKM
Gambar: Google
Isu berkenaan dengan kesihatan dan gula saling berkaitan dan malah banyak kesedaran tentang bahaya gula jika berlebih lebihan. Hari ini Kak Chah kongsikan tentang kesan pengambilan gula secara berlebihan kepada tubuh.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan
pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa
yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Keadaan
ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan
kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health
and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia
berlebihan berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan
peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan
berat badan) dan 4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko
mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan
sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang
berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996
(NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi
(dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi
di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam
kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
Hendak tahu gula tersembunyi dalam makanan, sila klik.
Aisyah Hamid (Kak Chah)
Tip Kesihatan Pantas
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Solusi Anak Sihat dan Cerdik
Konsultan Qaseh Gold
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
Qaseh Gold Selayang dan Petaling Jaya
Free Delivery QasehGold at Selayang dan PPUM
No comments:
Post a Comment
semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.