Stokis Agent Wantted Kalista Mocha Berry Dhara
Monday, 29 March 2021
SHORT STORY IN ENGLISH SEKOLAH RENDAH
Belalang
Di dalam sebuah taman
bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu
terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia,
kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap
hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke
pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada
rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka
sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari,
belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua
sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan
tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi
dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur
kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa
sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan berhenti
bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula
dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang
berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan
sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak
mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat
akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa
makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan
pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.
Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat
daripada rakannya.
Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya
pada suatu pagi.
Pergilah si tua
tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak
seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana
sakit.
Maka ke hutanlah si tua
seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah
si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.
Tiba-tiba, genggamannya
semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur
kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang
menjadi punca rezeki. hendak terjun mencari takut disambar arus.meratap lah ia
mengenangkan nasib.
Maka...bersimpatilah
pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia
bertanya."wahai orang tua... kenapa bersedih hati"
Dengan nada perasaan
takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah
turun kebumi menyapakan, lalu diceritakan apa yang berlaku.
"Baiklah..akan kubantu
mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah
si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si
paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih
jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini".
Lalu terjunlah sekali
lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak
jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari
terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya
sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang
akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si
pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya
kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan
hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa
yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri
si tua itupun sihat.
SHOPEE KAK CHAH
Post Popular
-
Hari ini Kak Chah nak tunjuk cara cara pakai inai daun. Siapa disini suka pakai inai daun, inai tradisional. Masa kecil kecil dulu Kak Chah...
-
Kak Chah sebelum ni pengguna celcom postpaid dan berhajat nak tukar ke maxis prepaid. Tapi perjalanan nak tukar postpaid ke prepaid dengan ...
-
Jom ber"shopping" di kedai kak chah mur mur aje, klik di SHOPEE , si link biru tu. shopee Shopee Shopee shopee Shopee Shopee
-
Sempena hari ini adalah hari pertama ujian peperiksaan untuk SPM, suka Kak Chah kongsikan doa daripada ibu bapa kepada anak anak yang seda...
-
Salam semua dan jom rehatkan mata anda. Ini pokok hiasan atas meja ummi, simple! Mari pinjamkan mata dan masa anda untuk kita kong...
-
Erti simple atau ringkas tentang sedekah. Dulu dulu selalu fikir sedekah adalah dalam bentuk duit. Alahai sempitnya dunia pemikiran Kak...