Thursday, 28 November 2019

Kisah Si Pohon Epal

KISAH ANAK DENGAN POHON EPAL

Saya tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita panglipulara yang pernah saya dengar sewaktu kecil-kecil dahulu…

Kisah pohon epal..
“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”

Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nadapilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”

Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohonapel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.
Tersebut.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuanmereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kinimelayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai merekasemasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.”

http://hazis.wordpress.com/cerita-cerita-teladan/

Wednesday, 27 November 2019

Kisah Unta

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik.

Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. 

Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata,"Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."

Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."


Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah.

Boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti.

Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

Note: mohon pm kak chah untuk kreditkan ya.

Sunday, 24 November 2019

Si Sopak Dan Si Buta

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. 

Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. 

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." 

Dengan takdirAllah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak. 

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. 
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. 

Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. 

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah.

Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat.

Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. 

tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. 

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah.

Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. 

dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. 

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal. 

MORAL & IKTIBAR 
  • Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
  • Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
  • Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
  • Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
  • Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
  • Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
    Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah. 

Sumber: fb 

Nota kaki mohon pm kak chah pun di kreditkan sumber nya.

Sunday, 17 November 2019

Saturday, 16 November 2019

Di mana Allah

Suatu hari Abdullah bin Umar bersama beberapa sahabatnya berjalan di padang pasir di luar Madinah. Kemudian mereka duduk di sebuah tempat sambil menikmati makanan yang mereka bawa.

Tidak lama kemudian, seorang hamba pengembala kambing melalui kawasan tersebut. Ibnu Umar memanggilnya: "Marilah ke sini, duduk bersama kami menikmati makanan ini!"

Pengembala tadi menjawab, "Terima kasih, saya sedang berpuasa."

Ibnu Umar kaget. "Panas-panas sebegini kamu berpuasa? Sambil mengembala kambing jauh dari orang ramai?", tanya Ibnu Umar penuh kehairanan tapi pada waktu yang sama beliau kagum.

Lalu Ibnu Umar ingin menguji ketakwaan pengembala kambing ini. Dia bertanya: "Mahukah kamu menjual seekor dari kambing-kambing ini? Silakan kau ambil bayarannya, dan aku berikan juga sebahagian dagingnya untuk kamu berbuka nanti."

Pengembala itu menjawab, "Kambing-kambing ini bukan milikku. Ini semua milik tuanku." Ibnu Umar membalas, "Katakan saja kepada tuanmu itu, kambingnya dibaham serigala!"

Mendengar ucapan Ibnu Umar tersebut, pengembala itu sangat marah. Wajahnya kemerahan dan dia langsung berpaling pergi sambil menunjukkan jarinya ke langit dan berteriak, "Kalau begitu, di mana Allah???"

Ibnu Umar terkejut melihat sikap pengembala itu. Beliau berulang-ulang kali menyebut kalimat "Di mana Allah" dan air matanya berlinangan. Ibnu Umar segera kembali ke Madinah mengambil wangnya lalu dibelinya pengembala itu sekaligus kambing-kambing ternakannya. Kemudian dia merdekakan pengembala beriman tersebut.

Sumber: zonkuliah

Friday, 15 November 2019

Rancang Percutian Tahun 2020 Mengikut Cuti Sekolah Anak

Rancang Percutian Tahun 2020 Mengikut Cuti Sekolah Anak.

Yang ini memang penting, mesti rancang awal lagi supaya tidak kelam kabut.

Ini adalah kalendar persekolah anak anak kita tahun 2020.


Sumber: sumberpendidikan.com

Wednesday, 13 November 2019

Satu Sahaja Salah, Kita Tidak Nampak

Seorang Guru menuliskan ini di papan tulis :

5 x 1 = 7                 5 x 2 = 10
5 x 3 = 15               5 x 4 = 20
5 x 5 = 25               5 x 6 = 30
5 x 7 = 35               5 x 8 = 40
5 x 9 = 45               5 x 10 = 50

Setelah selesai menulis dia kembali melihat murid-muridnya yang mulai ketawa menyedari ada sesuatu yang salah.

Gurunya pun bertanya :

"Mengapa kamu ketawa?"

 Serentak mereka semua menjawab :

"Yang nombor satu salaaaahhh cikguu!" (tertawa beramai).

Sejenak sang guru menatap muridnya, tersenyum menjelaskan :

"Saya memang sengaja menulis seperti itu agar kamu boleh belajar sesuatu dari ini.

Saya ingin kamu tahu, bagaimana dunia ini memperlakukan kita.

Kamu sudah melihat bahwa saya juga menuliskan jawapan yang betul sebanyak 9 kali, tapi tak ada satu pun dari kamu yang memuji.

 Malahan kamu lebih cenderung menertawakan saya hanya untuk 1 kesalahan.

Hidup ini jarang sekali memuji hal-hal yang baik bahkan yang kita lakukan ribuan sekalipun.

Hidup ini hanya akan selalu mengkritik kesalahan kita, walau satu kesalahan yang kita perbuat.

Ketahuilah  : "Orang lebih dikenal dari satu kesalahan yang ia perbuat, dibandingkan dengan seribu kebaikan yang ia lakukan".  Semoga dari kesalahan kita tersebut memperbaiki diri kita lebih baik lagi.

@sumberwasapgroup


Tuesday, 12 November 2019

Jika ada anak perempuan

Apabila kita ada anak perempuan

1. Ajarkan mereka sentuhan yang selamat
2. Ajarkan mereka sentuhan yang tidak selamat
3. Usah biarkan anak perempuan kita berseorangan
4. Sentiasa temani mereka.
5. Perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
6.Biasakan pakaian menutup 'aurat.
7. Ajarkan nak anak berpakaian sopan.
8.Tidak terdedah sana sini.
9.  Tidatketat menonjol.
10. Ajarkan mereka erti malu.

Sumber: fb


Monday, 11 November 2019

6 amalan anak soleh solehah


6 amalan anak soleh solehah pada ibu atau bapa yang sudah wafat untuk mereka masuk syurga.

1. Doa
2. Baca Al-quran - 1 khatam/Yasin/Al-Fatihah
3. Sedekah
4. Qurban
5. Haji
6. Puasa

Sumber: Ustaz Abdul somad Lc.,MA

Sunday, 10 November 2019

Punca Banyak Fikir Kurang Zikir

Kata KH Abdullah Gymnastiar

Kita tertekan atau 'stress' itu kerana banyaknya berfikir dan juga sangat sangat kurang berzikir.

Lalu, jika kita ingin tenang dan berhati lapang.

Setiap kali berfikir terus zikrullah, terus ingat kepada Allah.


Saturday, 9 November 2019

Doa Memohon Maaf Pada Anak

Ya Allah,
maafkanlah jika kami pernah berkasar dan memukul anak kami dengan hawa nafsu kami.

Aamiin.




Friday, 8 November 2019

Kita Cermin Pada Anak

Inshaa Allah kita adalah ibu bapa yang boleh mempamerkan kesabaran, kelembutan kasih sayang dan bertimbang rasa di dalam mendidik anak-anak kita.

Kenapa?.

Sebab kita adalah cermin pada anak anak kita.

Kita semua boleh kan?.


Thursday, 7 November 2019

Paksa Anak Minum Air Masak

Cek beg sekolah anak. Ehhh, kenapa tak habiskan air?

Isnin nanti tolak seringgit belanja sekolah.

Kenapa ummi? Denda. Lain kali habiskan air. Sudah cakapkan, beli makanan sahaja.

Aisyah Hamid
Paksa anak minum air masak



 

Tuesday, 5 November 2019

Ibu Garang Anak Jadi Berdisiplin

Cara didikan ibu garang, agar anak menjadi "orang".

Best juga ayat ini. Kata ini di pelik di instagram adamicollection. Antara 10 tips yang diberikan, nombor sepuluh menjadi pilihan bati Kak Chah.

Jom kita kita baca cara cara untuk menjadi anak yang berdisiplin adalah.
1. Paksa anak tidur awal
2. Usah beri anak jajan setiap hari
3. Bayar jika mahukan sesuatu
4. Berikan mereka jam
5. Usah selalu belikan barang terbaru dan terbaik.
6. Biar mereka rasa kehilangan
7. Kawal Tv dan gadget
8. Mengaku salah apabila membuat silap
9. Jaga adab
10. Sentiasa ingatkan anak untuk bersolat.

Sebetulnya solat adalah tiang agama yang boleh selamatkan anak dan kita dunia akhirat.
Setuju?.


Sunday, 3 November 2019

7 Kebiasaan Penyakit Serang Anak

7 JENIS PENYAKIT LAZIM KANAK-KANAK

1. Demam
2. Selesema
3. Batuk
4. Asma
5. Ekzema
6. Resdung
7. Sakit tekak

Mak mak di luar sana setuju tak?.

Kenapa Kurma Hebat

Kenapa kurma di benci oleh jin dan syaitan dan juga mengapa Nabi SAW memakannya dalam bilangan ganjil?.

Contohnya dalam dalam bilangan 3,5,7,9 atau 11 dan di amalkan memakan kurma pada waktu pagi. Bilangan 7 biji kurma adalah bilangan yang paling baik.

Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma".

Di dalam kajian kajian mendapati buah kurma miliki manfaat utama.

1. Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah.
2. Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula.
3. Mencegah kerusakan gigi karena mengandung fluorine.
4. Mencegah racun kerana mengandung natrium, gallium dan vitamin C.
5. Penyembuhan kekurangan darah merah karena mengandung zat besi, tembaga, vitamin B-2.
6. Ubat untuk penyakit lemah tulang karena mengandung kalsium, fosfor, vitamin A.
7. Penyembuhan untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus karena mengandung gallium.
8. Untuk pengubatan kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandung magnesium, tembaga.
9. Ubat cancer sendi dan otak karena mengandung boron.
10. Anti-cancer karena mengandung selenium.
11. Pengubatan disfungsi ereksi karena mengandung boron, vitamin A.
12. Perawatan untuk kulit kering dan penyakit cornea mata kering serta kebutaan malam karena mengandung vitamin A.
13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf karena mengandung vitamin B1.
14. Perawatan untuk rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir karena mengandung vitamin B-2.
15. Perawatan inflamasi kulit karena mengandung vitamin niacin.
16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak napas dan kecot pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, karena mengandung Vitamin C, atau ascorbic acid 2 E
17. Pengubatan keasaman diperut karena mengandung klorin, natrium dan gallium.
18 .Pengubatan penyakit gusi dan kekurangan saluran darah capillary, kekurangan kekuatan otot dan tulang karena mengandung vitamin C.

Wah, banyak sungguh khasiatnya.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular