Tuesday 12 February 2019

25 Panduan Bisness Orang Cina

25 Tips Bisnes Orang Cina.
=====

Tips ini sempena Tahun Baru Cina 2019 dan diolah dari Buku 'RAHSIA BISNES ORANG CINA' ini ditulis oleh Ann Wan Seng dan Blog Syue.

Di sini saya senaraikan antara 25 rahsia bisnes mereka.

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari.

2. Katanya, PENIAGA TULEN, tak takut cabaran. PENIAGA PALSU, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.

3.Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.

4. Orang Cina suka berhijrah.

5.Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.

6. Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.

8. Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan.

9. Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.

10. Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada SIKAP, USAHA dan KEYAKINAN.

11. Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.

12. Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.

13. Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.

14. Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.

15. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

16. Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.

17. Konsep perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari untung seorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain. Kerana bagi mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain.

18. Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan. Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

19. Peniaga jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.

20. Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat'. Orang kalah kerana dia lambat bertindak.

21. Orang Cina boleh berniaga di kampung Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang Cina.

22. Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan.

23. Orang Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.

24. Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangan. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban.

25. Orang Cina suka bekerja dengan pantas. Mereka tidak suka buang masa. Apabila bekerja, mereka akan memberikan sepenuh tumpuan. Sebab itulah orang Cina bergerak pada kadar yang laju, makan laju dan cakap pun laju. Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

*Nota: Kak Chah copy dari group wassap. Semoga kita boleh dapat darinya.

No comments:

Post a Comment

semua yang di tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian ummi sahaja.

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular