Friday, 8 July 2022

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

 4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Lakukan Senaman Rahang

Selain daripada senaman badan, kamu juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum kamu tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berkedut di wajah.

 

Urut Halus Di pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

 

Guna Teknik Solekan Yang Betul

Bila bersolek pastikan kamu menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah kamu. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang kamu. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada kamu.

 

Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitive, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah kamu dan secara tidak langsung merehatkan otot kamu yang sedang membengkak.

 



Sumber: xnakgemuk

SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular