Thursday 9 February 2017

Visi dan Misi Tabung Simpanan

Visi dan Misi Tabung Simpanan 

Topik lepas Kak Chah ada kongsikan berkenaan dengan tip bila gaji masuk ke akaun anda. Kali ini Kak Chah kongsikan Visi dan Misi tabung simpanan. Tabung simpanan sebaiknya mempunyai visi dan misi. Wah! bunyi macam pelik, tabung perlu ke nak kena ada Visi dan Misi. Sebenarnya, Visi dan Misi bukan untuk perniagaan dan syarikat sahaja tau, malah boleh diamalkan dalam kehidupan korang seharian.

Ada orang memang komited dengan dengan tabung simpanan dan ada sesetengah orang memandang enteng pada tabung simpanan, terutamanya duit syiling, duit syiling di atas meja la, di lantai la, dekat mana mana mesti ada duit syiling, nampak kan kita tidak menghargai duit syiling. Sebenarnya duit syiling adalah penyelamat ketika anda sedang poket kering. Siapa setuju! sila komen.

Tentukan matlamat tabung tersebut dan senaraikan apa yang korang perlu bukan kehendak.
"Keperluan dan Kehendak"
Sememangnya zaman sekarang korang mempunyai banyak pilihan tetapi bagaimana hendak memilih pilihan yang terbaik?. Pilihan yang terbaik adalah mengikut keperluan dan pulangan pilihan tersebut pada korang. Contohnya kalau membeli meja fikirkan apakah keperluan dan pulangan meja tersebut kepada korang. Inshaa Allah Kak Chah akan tulis satu topik tentang keperluan dan kehendak.

Jadi berbalik kepada visi dan misi tabung simpanan. Maksud visi ini Kak Chah ambil blog SmartUsaha.com kerana lebih ringkas penjelasannya.

Visi adalah hasil yang mahu dicapai. Contohnya seperti ingin memiliki rumah untuk seisi keluarga pada tahun 2020. Visi adalah sama maksud dengan istilah impian dan cita-cita, dan disandarkan pada misi yang dilaksanakan (usaha).

Misi pula adalah bermaksud usaha yang akan dilaksanakan bagi mencapai visi itu. Ia juga bermaksud apakah usaha dan ikhtiar untuk capai impian dan cita-cita bersebut. Contohnya salah satu usaha adalah seperti membuat tabung simpanan untuk membeli rumah.

Berikut adalah contoh visi dan misi tabung simpanan Kak Chah:

Visi:

Ingin memiliki rumah sendiri pada tahun 2020.

Misi:
  • Mewujudkan tabung simpanan rumah dengan setiap suami dan isteri mesti memasukkan kedalam tabung tersebut RM1000.00 sebulan.
  • Tambah pendapatan dengan membuat kerja sampingan seperti membuat 2 kerja.
  • Berjimat cermat dalam kehidupan seharian contohnya tidak membeli barang yang tidak perlu atau guna semula bahan sediaada jika masih elok.

Kesimpulannya adalah visi dan misi tabung simpanan adalah bergantung pada korang. Korang yang menentukan tabung apa yang sesuai dengan impian dan keperluan anda. Tabung tidak semesti tabung buluh, tabung boleh jadi tabung sampul surat, tabung tin biskut atau tabung dalam bank contohnya Tabung Haji, ASB dan sebagainya.


Jadi jangan kata susah hendak menabung ya.

Aisyah Hamid
Tip Simple & Tip Kesihatan Pantas
Konsultan Qaseh Qold
Aisyahamid@gmail.com

Tuesday 7 February 2017

Halim Bin Yazid Diri Saya

Diri Ambo

Nok bakit asal ambo nok ghoyak titih
Adik kakok kalu nok kenal skali ni gak nya bulih
Diri ambo gelar halim bin yazid bin awang teh
Asal dikapung cangal dale jajahe Pasir Putih

25 oktober tahun 60
Amba lahir ke dunia di serambi gelega buluh
Tingga kandunge bonda dini hari awal subuh
Ambo celik mato tengok ale ni lawa sungguh

Ambo pun besar denga penuh kasih saye
Dale sebuah basa diri atah tanoh oghe
Ayoh selalu tingga gi pagi kelik male
Khijo cari cari samah serial nok bui ambo make.

Umur 7 taun ambo pun ngaji skoloh
Anok murid 3 butir kapung pakat duduk satu derjoh
Cikgu-cikgu sanjung kato hati ambo cerah
Tolok kali bahagi capur ambo congok jawab mudoh

Naik tingkate skoloh menegah tok janggut
Malu tu gak ko oghe baju carik seluar buruk
Keno bayar yure tambe bah ngan beli book
Ayoh tepakso jual aye hok dio saye dale perekok

Periksa spm ambo bulih gerik satu
Naik ting.6 keno pindoh ke skoloh baru
Diskoloh menengah kamil hati ambo betamboh sayu
Saing skelah oghe sene2 nok masuk dekat ambo raso malu
Bose ko drebar bah dok mitok pitih hari-hari
Doh tambe hok bule lepah ngan bule ni tok baya lagi
Bakali ambo ni hagah hai tok pade la denga body
Ambo lopak turun bah galah beg bejale kaki
Dari kapung cangal ke skoloh menengah kamil
Sikit jale banyok berungga nga air mato beline2
Hari-hari lapar jaghe benar hari kenye
Pitih poket seminggu serial pada beli baik ambo sipe

Hari skoloh umum keputuse STP
Saing-saing maghi kerumun dok pakat cuit dok pakat puji
Bele-bele senyum ambo tanyo bakpo gak nih
Saing kato hebat nyo mung keputuse mung tinggi skali

Buah ayoh mikir nok cari seribu rial
Doh ambo kena panggil masuk ngaji di U malaya
Korek habis tuke bowoh tuku celoh batal
Jale yang terakhir tanoh sbucu 2 ayoh jual

Ambo tingga kapung dengan bline air mato
Sapa di kuala lumpur takdok waris sedara mara
Denga baju sehelai sepunggong daftar u thn pertama
India cina pakat likung kato budok darat mari mano.

Ambo masuk 'U' ayoh pindah ke guo muse
Ambo mengadap buku ayoh nebah tanoh hute
Sedih becapur sayu ingat ko ayoh ambo soghe
Loni ambo gaji beribu nok balah jaso ayoh tok pade.

Nok bakit asal ambo nok ghoyak titih
Adik kakok kalu nok kenal hari ni ni gak nya bulih
Diri ambo gelar Halim bin Yazid bin awang teh
Asal dikapung cangal dale jajahe Pasir Putih


Bila terkenang lagu ini, ummi dapat bayangkan ummi waktu ketika dulu. Begitu susah orang tua kita hendak menyekolahkan kita. Kalau hendak di bandingkan dengan zaman sekarang memang jauh berbeza. Hanya yang berpengalaman sahaja boleh rasa kemanisan itu.




Saturday 4 February 2017

Wanita Hamil dan Berumur 40 Tahun Ke atas

Kesihatan berkualiti dengan Qaseh Gold Premier. Qaseh Gold Premier mengandungi 16 ramuan istimewa iaitu makanan sunnah seperti berikut:-

1. Madu
2. Kurma
3. Tiin
4. Zaitun
5. Habbatus Sauda’
6. Delima
7. Gam Arab
8. Za’faran
9. Biji Anggur
10.  Gojiberi
11.  Kranberi
12.  Gingko Biloba
13.  Kacang ginjal
14.  Roselle
15.  Kalsium Tulang ikan
16.  Garam Bukit

Qaseh Gold Premier sangat sesuai untuk ibu hamil dan orang berumur 40 tahun ke atas  kerana mengandungi tinggi kalsium, tinggi serat dan tinggi antioksidan.


1. Tinggi Kalsium

Tinggi kalsium adalah baik untuk menyokong tulang belakang ibu yang hamil dan baik untuk tulang bayi.

Selain itu, hasil dari kajian Nutrisi iaitu New Zealand, Fonterra telah menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada 3 penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis.

Ini menunjukkan ketika berumur 40 tahun ke atas tulang tidak mampu untuk menyimpan kalsium. Kalsium dari tulang akan diambil untuk digunakan oleh badan. Oleh sebab itu tulang boleh jadi rapuh dan kurang tumpat. Tulang belakang membongkok, gigi mudah tercabut dan akhirnya rongak, sakit-sakit lutut dan sendi, sakit pinggang dan kaki, sakit-sakit badan dan sebagainya adalah disebabkan kurang kalsium.

2. Tinggi Serat


Dapat mengelakkan ibu daripada sembelit. Struktur tubuh ibu mengandung menyebabkan proses pencernaan lambat dan sangat memerlukan serat utk melancarkan proses pencernaan.

Orang yang berumur juga perlukan gizi yang berkualiti dan seimbang untuk menampung keperluan yang diperlukan oleh tubuh selaras dengan usia. Makanan bercirikan seperti vitamin B12, vitamin D dan kurang lemak adalah sesuai dengan orang yang berumur 40 tahun ke atas.

3. Tinggi Antioksidan


Untuk ibu hamil, dimana sel-sel terpaksa berkerja keras membekalkan sel-sel kepada janin. Fungsi antioksida adalah nutrisi untuk mengelakkan daripada kerosakan sel. Ibu yang hamil sangat memerlukan makanan yang tinggi antioksidan untuk membekalkan sel-sel kepada janin bagi proses janin membesar dengan sihat dan sempurna.

Apabila semakin berumur, rintangan hadap penyakit semakin lemah. Antioksidan berguna untuk melawan kesan buruk daripada radikal bebas seperti penyakit kronik, penuaan, stress, kanser, dan sebagainya. Oksidan yang berlebihan dalam tubuh dapat disebabkan oleh toksin yang tinggi atau gaya hidup yang tidak sihat.



P/s: Inshaa Allah dengan pemakanan makanan summah qaseh gold premier dapat membantu gejala-gejala seperti diatas.

Aisyah Hamid
KonsultanQasehGold
019-3667907


Friday 3 February 2017

Doa Waktu Dhuha



Assalamualaikum dan Salam Dhuha

Jom aminkan doa ini.

"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu".

"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”.

Ummi memang tersentuh dengan doa Dhuha ini, air mata mengalir sahaja. Besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita semua.




SHOPEE KAK CHAH

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

Post Popular